Tazkirah Muslimah Kempen Kenali Sistem Islam di Perak

13 Disember 2016 (Selasa), Perak - MHTM Cawangan Ipoh telah mengadakan Tazkirah Muslimah bersempena Kempen Kenali Sistem Islam: Celik Syariah Tegak Khilafah yang bertajuk 'Wanita Sejahtera Dalam Naungan Syariat Islam'.

Ukhti Husna Humairah (Aktivis MHTM) membongkar bagaimana dalam sistem demokrasi-liberal, wanita hanya dimomokkan dengan berbagai kesenangan dan janji-janji palsu. Pada hakikatnya wanita saat ini merupakan objek yang dieksploitasi. Penerapan Islam secara sebahagian bukan penyelesaian sebenar bahkan haram di sisi syarak. Firman Allah,

“Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam Islam secara keseluruhannya, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu” [TMQ al-Baqarah (2):208].

“Apakah kamu beriman kepada sebahagian Kitab dan ingkar terhadap sebahagian yang lain?” [TMQ al-Baqarah (2):85].

Sebaliknya, kesejahteraan wanita yang sebenarnya hanya akan dapat dirasai sekiranya wanita berada dalam naungan syariat Islam yang dipimpin oleh seorang Khalifah. Khilafah adalah satu-satunya negara yang dapat memberikan kesejahteraan bagi semua rakyatnya, termasuk wanita.

Khilafah adalah satu-satunya jalan untuk menerapkan hukum-hukum al-Khaliq yang meninggikan darjat dan kedudukan wanita serta memberikan hak-hak yang telah Allah SWT tentukan.



SHARE THIS

0 comments:

Post a Comment