Tazkirah Muslimah Wanita dan Kemelut Ekonomi di Ipoh

18 Disember 2016 (Ahad), Ipoh - Sempena Kempen Kenali Sistem Ekonomi Islam: Celik Syariah Tegak Khilafah, Tazkirah Muslimah telah diadakan. Tazkirah disampaikan oleh Ukhti Salmia (Aktivis MHTM) membicarakan tentang dilema wanita dengan tajuk "Wanita dan Kemelut Ekonomi".

Sistem kapitalisme yang diterapkan kini telah membelenggu dan mengheret wanita sehingga terpaksa memilih untuk bekerja. Penyelesaian yang diharapkan dapat membantu para wanita dengan istilah/slogan yang diwar-warkan untuk 'memperkasakan wanita', ironinya bukan sahaja menjerut wanita secara alami malah kepada institusi keluarga serta masyarakat. Kebusukan kapitalisme dipertahankan dan disembunyikan seolah-olah menyorok bangkai gajah di sebalik nyiru.

Ayuh bangkitlah wahai umat Islam, kembalikanlah kegemilangan Islam dengan adanya Khilafah. Jangan biarkan puak-puak kapitalis bergurindam di tengah rimba. Firman Allah SWT,

“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang pada diri mereka” [TMQ Ar-Rad:11].





SHARE THIS

0 comments:

Post a Comment