Anak-Anak Perempuan Kami Dipenjara, Sementara Para Penguasa Hanya Menonton


Pusat Pengajian Tahanan Palestin mengatakan bahawa mahkamah-mahkamah penjajah telah mengeluarkan keputusan yang keras dan penuh dendam terhadap sejumlah tahanan wanita baru-baru ini termasuk hukuman terhadap para tahanan wanita berusia di atas 10 tahun. Jurucakap Media Pusat Hizbut Tahrir, Riyadh Al-Ashqar, menyatakan bahawa pasukan penjajah bertujuan untuk membuat keputusan yang lebih keras dan itu merupakan usaha untuk menghalang kaum wanita dan anak-anak perempuan Palestin daripada mengambil bahagian dalam peristiwa kebangkitan Al-Quds dan menakut-nakuti mereka daripada menjalankan operasi menikam atau melanggar tentera penjajah dan para pemukim. Untuk mencapai objektif tersebut, pasukan penjajah memperbesar-besarkan dalam mengeluarkan keputusan pengadilan yang tinggi yang belum pernah terjadi sebelumnya terhadap sejumlah tahanan wanita, termasuk mereka yang di bawah umur.

Selama bertahun-tahun konflik yang panjang dengan entiti Yahudi, lebih dari 15,000 wanita dan gadis Palestin telah dipenjara. Negara penjajah itu tidak membezakan antara wanita tua mahupun muda dan mereka yang usianya di bawah 18 tahun. Dalam Intifadah (pemberontakan) pertama, jumlah mereka mencapai 3000 tahanan wanita dan selama pemberontakan kedua, jumlahnya hampir 900 orang. Menurut Kementerian Tahanan dan Bekas Tahanan, jumlah tahanan wanita yang telah menjadi sasaran penangkapan di penjara entiti Yahudi sejak 13 Jun 2016 telah mencapai 61 orang. Mahkamah baru-baru ini mengeluarkan hukuman terhadap 4 tahanan perempuan yang semuanya lebih dari 10 tahun. Para tahanan itu adalah: Shurooq Dawiyat (19 tahun) dihukum 16 tahun; Maysoon Al-Jibaaliy (22 tahun) dihukum 15 tahun; Nourhan Awad (16 tahun) dihukum 13 tahun, dan Israa Ja’abis (31 tahun) dihukum 11 tahun. Selain itu, hukuman bervariasi diberikan kepada gadis-gadis lain di antara 3-7 tahun masa tahanan.

Para gadis itu, mereka bukannya berada di rumah mereka dengan aman dan nyaman, malah berada di dalam penjara penjajah! Sepatutnya mereka duduk di sekolah untuk merenung masa hadapan, bukannya malah menjadi sasaran penghinaan dan pelecehan. Hal itu kerana para tahanan wanita dari pelbagai usia dari sejak mereka ditangkap, menjadi korban pemukulan, penghinaan dan pelecehan secara lisan, sementara praktik pelecehan meningkat saat mereka tiba di pusat-pusat soal siasat. Itu adalah tempat di mana semua teknik soal siasat dilakukan terhadap mereka baik secara fizikal mahupun mental, termasuk dipukul, kurang tidur selama berjam-jam, keganasan dan menakut-nakuti mereka tanpa membezakan jenis kelamin, usia atau adanya keperluan khusus atau keperluan lainnya.

Penderitaan yang dialami para tahanan wanita itu tidak berakhir di situ bahkan mereka terus mengalami tekanan, keganasan, dan ugutan malah setelah soal siasat berakhir dan para tahanan itu telah dipindahkan dari sel soal siasat ke bilik tahanan. Itu adalah ketika di mana pihak berkuasa penjara berusaha sebaik-baiknya untuk berhelah dengan gaya mereka untuk merendahkan dan menindas para tahanan wanita itu dengan melanggar batas atau martabat mereka.

Mereka melakukan hal ini dengan menyerbu bilik-bilik tahanan di malam hari dan ketika mereka sedang tidur. Ini adalah tambahan kepada penafian keperluan asas manusia seperti membuat mereka kekurangan makanan dari segi jumlah dan jenisnya; merampas hak-hak mereka dari segi rawatan dengan tidak memberikan ubat yang diperlukan; kekurangan tempat tidur dan selimut atau disediakan pencahayaan yang baik atau yang mencukupi , dan menghalang mereka dari cahaya matahari kerana kecilnya tingkap di sel-sel penjara mereka yang tertutup dengan jeriji besi dan alat-alat keselamatan jenis lain.

Mereka melakukan hal ini tanpa mempertimbangkan apa yang telah dianggap sebagai pelecehan oleh undang-undang internasional atau hak asasi manusia pada umumnya dan khususnya pada wanita. Ini adalah situasi yang diderita oleh semua tahanan wanita, termasuk wanita di bawah umur 18 tahun yang juga telah menyatakan ketakutannya terhadap para tahanan awam wanita Yahudi yang dengan mereka pentadbiran penjara sengaja mencampur dan menggabungkan mereka dengan tujuan penghinaan, melakukan tindakan yang merendahkan dan pemukulan…

Wahai Kaum Muslim, Wahai Orang-orang Palestin:

Berapa lama lagi keadaan memalukan dan situasi yang buruk ini akan terus berlangsung?! Berapa lama lagi pelanggaran terhadap kehormatan dan martabat Muslimah akan terjadi sementara semua orang hanya menonton, dan sementara hal terbaik yang mereka lakukan hanya menyatakan duka dan kesedihan?! Sampai bilakah Palestin dan rakyatnya akan terus diperlakukan sebagai tawanan?! Berapa lama lagi anak-anak perempuan kami, saudara-saudara perempuan dan ibu-ibu kami tetap berada di penjara-penjara entiti Yahudi? Tidakkah rasa sakit dan rasa hormat bercampur aduk di hati saat kalian melihat mereka ditahan dan menjadi sasaran atas semua jenis penghinaan, tindakan merendahkan dan pemukulan ?! Bukankah mereka adalah anak-anak perempuan kalian yang sedang berkembang! Bukankah mereka adalah kehormatan kalian? Atau apakah hati kalian telah terkunci?

Perang seharusnya dilancarkan untuk menghapuskan tindakan penindasan terhadap kaum wanita atau membela mereka (dan kehormatannya) … Kini, kita telah mencapai situasi di mana ribuan anak-anak perempuan telah dilemparkan ke dalam penjara dan tidak ada reaksi sama sekali daripada kaum Muslimin!! Jadi, bangunlah dan bangkitlah dari tidur kalian dan buanglah pakaian kehinaan dan bekerjalah bersama Hizbut Tahrir yang berjuang untuk mengusir penindasan ini dari mereka dan dari semua umat Islam dengan mendirikan Khilafah yang lurus yang berjalan pada metode Kenabian … Dan itu bukan hal yang sulit atau jauh bagi Allah untuk mewujudkannya.

Bahagian Muslimah Pejabat Media Hizbut Tahrir

SHARE THIS

0 comments:

Post a Comment