Kanak-kanak di Yaman Kelaparan, Sedangkan Perang Terus Meletus


Sekurang-kurangnya 2.2 juta kanak-kanak di Yaman menghidap penyakit malnutrisi sehingga membuatkan mereka terdedah kepada penyakit-penyakit yang lain seperti
cirit-birit (diarrhea) dan sebagainya.

Ketika mentari pagi menembusi jendela hospital, Mohammed Ali, 19 tahun, menyedari bahawa sepupunya yang berusia 2 tahun telah meninggal dunia akibat kelaparan. Tetapi dia harus tetap tabah agar dapat membantu adiknya, Mohannad, yang mungkin bakal menjadi mangsa seterusnya.

Dia memegang erat tangan adiknya yang berusia 5 tahun ketika adiknya sedang berusaha untuk bernafas. Tubuhnya begitu kurus sehingga kelihatan tulang rusuk yang berbungkuskan kulit. “Saya sudah kehilangan seorang sepupu kerana kelaparan hari ini, saya tidak mahu kehilangan adik saya pula.” Kata Mohammed Ali

Mereka adalah antara ratusan ribu kanak-kanak Yaman yang menjadi mangsa di tengah perang saudara yang sedang terjadi. Keluarga Mohammed tinggal di sebuah pondok yang dikelilingi lumpur di Yaman Utara, wilayah yang dikuasai oleh pemberontak Houthi, yang berperang dengan pasukan pemerintah dan pakatan pimpinan Saudi dan didukung oleh Amerika Syarikat.

Yaman Berada di ‘Tepi Jurang Kehancuran’

Sejak bulan Mac 2015, pasukan pakatan telah melancarkan serangan udara yang sengit melawan para pemberontak, namun masih gagal untuk mengusir mereka dari Ibu kota Sanaa kerana ramai dari mereka berada di wilayah utara Negara itu..

Sekurang-kurangnya 25 orang, termasuk 14 pemberontak Houthi tewas pada dua hari sebelum konflik yang telah meragut lebih dari 7000 nyawa yang berlangsung selama hampir dua tahun itu berakhir.

Satu pakatan yang bertujuan untuk mengepung dan mencegah pihak Houthi telah diwujudkan dan menyebabkan lonjakan harga makanan sebanyak 60 peratus menurut perkiraan dari kumpulan-kumpulan bantuan antarabangsa.

Sebelum terjadinya peperangan, banyak warga Yaman yang berjuang untuk memenuhi keperluan hidup mereka. Sekarang, mereka hampir tidak boleh mendapatkan makanan walaupun untuk diri sendiri.

Ayah Mohammed bekerja sebagai petani bermusim yang hanya dibayar sebanyak beberapa dolar sehari. Mohammed tidak bersekolah setelah terjadinya perang dua tahun yang lalu dan sekali sekala dia bekerja sebagai buruh dan petani.

Pada awal bulan ini, Mohammed dan saudaranya berjalan selama satu jam di jalan yang tidak aman demi menuju ke hospital terdekat di kota Abs. Sejak dua tahun yang lalu, Mohammed menghidap penyakit cirit-birit (diarrhea) dan semakin lama semakin memburuk, namun mereka tidak mampu untuk membiayai wang perubatan.

Menurut PBB dan UNICEF, lebih kurang 2.2 juta kanak-kanak mengidap malnutrisi di Yaman. Itu termasuk 462,000 orang seperti Mohannad yang menderita Malnutrisi di tahap kritikal yang menyebabkan mereka terdedah kepada penyakit diarrhea dan pneumonia jika tidak diubati.

UNICEF: Satu kanak-kanak meninggal setiap 10 minit di Yaman

Menurut Rajat Madhok, jurucakap UNICEF di Yaman, UNICEF telah memberikan perubatan kepada 215,000 kanak-kanak yang menghidap Malnutrisi dan telah memberikan vitamin bagi jutaan kanak-kanak. Tambahnya lagi “Usaha untuk menyelamatkan kanak-kanak ini masih terhalang disebabkan oleh kekurangan dana dan akses terbatas ke wilayah-wilayah yang terlibat dengan peperangan.”

Peperangan telah menyebabkan kehancuran yang teruk terhadap fasiliti-fasiliti kesihatan di Negara itu. Banyak hospital dan klinik telah dibom dan kebanyakan yang lain telah ditutup akibat peperangan.

Menurut UNICEF, kurang dari satu per tiga penduduk Yaman yang berjumlah 24 juta orang yang memiliki akses kepada fasiliti kesihatan dan sekurang-kurangnya 1000 kanak-kanak Yaman meninggal setiap minggu akibat penyakit yang tidak dapat dicegah.
SHARE THIS

0 comments:

Post a Comment