Arus Sekularisasi Pelajar Muslim di Barat melalui Program CVE dan CIE


Arus Sekularisasi Pelajar Muslim di Barat melalui Program Countering Violent Extremism (CVE) dan Countering Islamic Extremism (CIE)

Sebagaimana yang dilaporkan dalam berita (http://www.politico.eu/article/how-the-fbi-got-in-bed-with-americas-muslims/) jabatan polis, sebagai contoh, mengunjungi secara berkala 38 buah sekolah di Dearborn dan sejumlah besar masjid. Ketua Polis, Rod Hddad, menaja program yang disebut dengan “stepping up”, yang meliputi upacara penghargaan tahunan bagi penduduk yang melaporkan jenayah. Setidaknya hanya dua kali sahaja telah terjadi laporan dalam beberapa tahun terakhir, berpunca dari ketakutan terhadap pengaruh ISIL atau propaganda online kepada anak-anak mereka, Haddad mengatakan, bapa-bapa Muslim juga telah berpaling dari anak-anaknya sendiri. Dalam kes yang lain, terdapat beberapa pelajar di sekolah menengah atas yang majoriti pelajarnya adalah Muslim telah melaporkan terkait rakannya yang bermasalah.

FBI juga telah menambahbaik laman sesawang yang direka untuk memberikan penekanan tentang bahaya keganasan predator ekstremis di Internet, yang dimasukkan input dari ketua-ketua komuniti, pengajar dan pelajar. Laman sesawang ini disebut, “Don’t Be A Puppet” yang bertujuan agar digunakan oleh para guru dan pelajar untuk membantu FBI mencegah terjadinya keganasan ekstremisme oleh belia.

Setelah Trump menjadi Presiden selama dua minggu, telah disampaikan kepada umat Islam yang tinggal di Barat selama bertahun-tahun, bahawa program Violent Extremism (CVE) adalah program yang ditujukan kepada orang Islam sahaja, terutamanya bagi tujuan mensekularkan pemuda Islam yang tinggal di Barat. Program Countering Islamic Extremism (CEI) Trump telah menyebut perkara ini dengan jelas. Walau bagaimanapun, strategi dasar CVE selama pemerintahan Obama yang melibatkan FBI mensasarkan pemuda Islam melalui perekrutan ibu bapa, guru, pekerja kesihatan, pekerja sosial dan para pemuda untuk mengintip demi kepentingan mereka. FBI berharap bahawa sel pengawasan Muslim yang dikenali sebagai “Shared Responsibilities Committees” dapat terjun ke dalam kalangan pemuda Islam di seluruh wilayah ini atas nama melawan ekstrimisme dan radikal.

Menurut Naib Presiden Keselamatan Negara dan Counter Terrorisme, Lisa O. Monaco, bentuk tingkah laku yang mereka harap agar dilaporkan dengan tajuk kecil “Sebagai contoh, ibu bapa melihat perubahan keperibadian anak-anaknya secara tiba-tiba—menjadi konfrontatif. Pemimpin agama mungkin memperingatkan pertarungan ideologi yang tidak diharapkan. Guru mungkin mendengar muridnya menunjukkan minat untuk melancong ke luar negara yang sedang berada dalam konflik. Atau seorang rakan mungkin mengingatkan minat barunya untuk menonton atau berkongsi tentang bahan keganasan.”

Pelbagai dasar tersebut memang menunjukkan bahawa sasaran dari counter ekstrimisme yang dilakukan mengarah kepada ekstrimisme Islam.

Usaha mensasarkan pelajar Islam di sekolah-sekolah di seluruh UK melalui strategi pencegahan,  termasuk “Perisian Pengawasan Big Brother”. Perisian ini adalah sebahagian daripada strategi pencegahan melawan-ekstrimisme yang terkenal dengan kejahatannya yang memainkan peranan untuk melakukan jenayah, peminggiran, dan diskriminasi terhadap umat Islam di Britain. Pencapaian yang jauh dari alat ‘sensor’ untuk strategi ini telah masuk ke dalam bilik-bilik darjah dengan guru-guru yang kini mempunyai tugas yang disahkan oleh undang-undang untuk mengawasi kanak-kanak serta untuk mengenalpasti jika ada tanda-tanda ekstrimis dan melaporkan  mereka yang disyakki kepada polis. Walau bagaimanapun, pengenalan “tanda ekstrimis” dalam bahasa pemerintah Britain menjadi sinonim dengan berhati-hati terhadap tanda “Islamisasi”.

Pada tahun 2016, Al Jazeera juga telah melaporkan terdapat  seorang pelajar sekolah yang disoal Polis dan merujuk kepada “rangkaian” yang menyokong Palestin. Dipetik kes pelajar sekolah lelaki berumur 15 tahun yang disoal dan dituduh “seperti teroris” kerana membawa risalah sebaran untuk mempromosikan boikot Israel di sekolah. Dia juga diberitahu bahawa lencana 'Pembebasan Palestin' itu adalah ekstrimis dan dia tidak boleh membincangkan konflik di sekolah dengan rakan-rakan. Alex Kenny dari Persatuan Guru Nasional menyatakan bahawa guru-guru dinasihatkan oleh petugas untuk MENCEGAH bahkan mengawasi setiap pelajar yang melakukan demonstrasi menentang pengeboman Gaza.

Dipetik dari tulisan Tsuroyya Amal Yasna, “Arus Sekularisasi Pelajar Islam di Barat melalui Program Countering Violent Extremism (CVE) dan Countering Islamic Extremism (CIE)”.


Bahagian Muslimah, Pejabat Media Pusat Hizbut Tahrir 
SHARE THIS

0 comments:

Post a Comment