Kebusukan Rangka Idea Dan Tujuan Sistem Pendidikan Sekular Turki


Serangan terbesar yang dilakukan oleh Republik Turki dalam mencabut nilai-nilai Islam dari umatnya adalah dengan menerapkan sistem pendidikan sekular. Penerapan ‘Undang-undang Penyamarataan Sistem Pendidikan’ pada 3 Mac 1924, merupakan langkah penting dalam membentuk masyarakat Turki yang ‘moden’, dengan kata lain menyisipkan idea sekularisme dalam budaya Turki, dan disebut sebagai zaman reformasi terbesar di Republik Turki. Undang-undang tersebut menyelitkan idea-idea sekularisme dalam sistem pendidikan dan sekolah-sekolah, dan pada waktu yang sama juga menghapus sistem pendidikan yang berlandaskan pada sistem pendidikan (Islam) Turki Uthmaniyah yang dikelola oleh Sheikh al-Islam seperti madrasah-madrasah dan maktab-maktab (sekolah Islam).

Undang-undang tersebut diikuti oleh undang-undang baru yang lain yang memuluskan jalan bagi sekularisme, modernisasi, atau yang dinamakan ‘pendidikan ilmiah'. Sistem pendidikan saat ini dibingkai dalam undang-undang Lembaga Pendidikan yang dikeluarkan pada tarikh 2 Mac 1926, yang bertujuan untuk menerapkan bentuk doktrin tertentu dalam kurikulum pendidikan dasar, menengah, dan pendidikan menengah ke atas, dan memperketatkan keizinan rasmi sekolah. Undang-undang tersebut juga telah menghapus kurikulum yang berlandaskan pembelajaran agama Islam seperti Tafsir, sejarah Tafsir, Hadis dan sejarah Hadis, sejarah Fiqh, serta sejarah ilmu Kalam (teologi Islam) dan menerima pakai prinsip pencampuran jantina dalam sistem pembelajaran.

Perubahan undang-undang sejak 1925 sehingga 1935 juga mengarahkan pada penggantian penggunaan kalendar dari kalendar Hijriah menjadi kalendar Masihi, pertukaran kepada sistem jam-minit yang pada awalnya mengikuti waktu azan (untuk mengatur waktu belajar), ditukar dengan penggunaan huruf latin yang pada awalnya menggunakan huruf hijaiyyah, dan penggantian sistem hari cuti, yang asalnya pada hari Jumaat menjadi berkiblat kepada sistem hari cuti Eropah iaitu Sabtu petang dan Ahad. Pasal 2 di dalam undang-undang Republik, menyatakan bahawa “Turki adalah negara Islam”. Pada 10 April 1928, pasal tersebut dihapus bersamaan dengan penghapusan huruf hijaiyyah dari seluruh aspek budaya dan bahasa di Turki lalu diganti dengan huruf Latin. Bangsa Turki kehilangan kemampuan untuk mengenali dan memahami budaya asal hanya dalam tempoh semalaman.

Merujuk pada pasal-pasal dalam undang-undang Pendidikan Dasar Nasional Turki ‘Tujuan umum dari pendidikan adalah untuk rakyat Turki yang setia kepada Revolusi dan nilai-nilai Attartuk, justeru masyarakat memahami dan menjalankan nilai-nilai tersebut sebagai rasa tanggungjawab terhadap hukum demokrasi dan sekular Republik Turki, yang merupakan hukum negara ini’. (Pasal 2) Tujuan lainnya adalah ‘untuk mencipta dan memelihara masyarakat yang kuat dan teguh pendirian, bebas dan demokratif’ (Pasal 11). ‘Sekularisme adalah nilai dasar dalam pendidikan Nasional Turki’ (Pasal12). ‘Pendidikan bersifat ilmiah dan akademik’ (Pasal 13). ‘Kebersamaan lelaki dan perempuan dalam pendidikan merupakan hal yang mendasar di sekolah’ (Pasal 15).

Dipendekkan cerita, selama lebih dari 90 tahun, penciplakan sistem pendidikan sekular yang berlandaskan nilai dan doktrin budaya Barat tidak lain adalah bertujuan untuk membentuk generasi yang terpisah dari Islam pada masa lalu, dan membentuk jati diri mereka sesuai dengan nilai-nilai budaya Barat serta hanya menjadikan Islam sebagai catatan di ruang agama pada kad identiti. Oleh kerana itu, nilai-nilai Islam dihapus dari semua kurikulum pelajaran, kecuali pelajaran agama Islam. Apabila dikaji lebih dalam, topik-topik yang disajikan dalam “pelajaran agama” tidak ada hubungannya sedikit pun dengan kebenaran agama Islam, atau menjadikan Islam sebagai landasan nilai dari semua aspek kehidupan. Sebaliknya, “pelajaran agama” dengan sangat jelas ditujukan untuk mengenalkan konsep agama dengan paradigma sekular, sesuai dengan ideologi rasmi negara.

Pada saat ini, kurikulum di sekolah Imam-Hatip dan berbagai Fakulti Teologi (yang menawarkan pendidikan Islam) hanya sebatas pada ritual ibadah dan etika saja. Bahkan pada dasarnya kurikulum tersebut mengajarkan doktrin-doktrin sekular dan mengabaikan konsep dasar Islam. Islam hanya sekadar sebahagian daripada disiplin ilmu dan dibatasi pada sejarah dan filosofinya sahaja. Daripada membekali pelajar dengan pemikiran Islam yang akan membentuk keperibadian Islam mereka, kebanyakan sekolah hanya menuntut untuk menghafalkan beberapa ayat dan hadis sebagai bahan untuk ujian yang pasti akan dilupakan setelah ujian selesai.

Selain itu, kurikulum pelajaran umum telah menanamkan konsep dasar yang bertentangan dengan nilai dan pandangan agama Islam. Contohnya, Teori Evolusi Darwin yang masih diajarkan dalam pelajaran Biologi, yang sudah jelas merupakan penghujatan (kekufuran) terhadap Islam. Amalan bedah siasat diadakan di pusat pengajian perubatan. Di Fakulti Undang-Undang diajarkan bahawa hukum Barat adalah landasan dasar hukum, sekaligus mengabaikan fakta bahawa hanya syariahlah yang boleh menjadi landasan hukum. Ekonomi kapitalis berasaskan riba yang bertolak belakang dengan polisi ekonomi Islam, diajarkan di kelas-kelas ekonomi.

Menurut sudut pandang sistem ekonomi kapitalis, yang menghalalkan bunga dan cukai, sumber alam itu terbatas sedangkan keperluan tidak ada batasnya. Tidak seperti Islam, pemenuhan keperluan setiap individu bukanlah salah satu tujuan dari ekonomi kapitalis. Tujuan satu-satunya ekonomi kapitalis adalah menghasilkan lebih banyak barang dan perkhidmatan. Sistem ekonomi kapitalis menyerahkan kepuasan terhadap keperluan asas dan pengajian tinggi kepada setiap individu, dan hanya fokus pada peningkatan pendapatan nasional dan meningkatkan penghasilan dalam negeri.

Cara pandang ekonomi seperti ini hanya akan memperkayakan pemilik modal sementara kemiskinan meningkat pada kebanyakan penduduk. Meskipun begitu, sistem kapitalis yang rosak tersebut masih saja diajarkan sebagai satu-satunya sistem ekonomi yang sah di dunia dan tidak ada alternatif lainnya kecuali sistem ekonomi Komunis yang sudah terbukti gagal. Pada saat yang sama mereka mengabaikan fakta bahawa Ekonomi Islam sudah terbukti berhasil pada setiap jengkal bumi yang menerapkannya di sepanjang sejarah.

Di sisi lain, pelajaran sejarah menyajikan fitnah terhadap Islam dan tokoh-tokohnya di masa lalu sebagai fakta. Hal ini menyebabkan jauhnya generasi muda Muslim dari sejarah, masa lalu dan nenek moyang mereka. Lalu menimbulkan kebencian juga rasa malu pada diri mereka akan kekayaan warisan dan budaya Islam. Pelajaran falsafah mengajarkan pandangan dan doktrin yang sesat, sehingga mencemari fikiran para generasi pemuda. Psikologi dan sosiologi diperlakukan seperti ilmu sains, sehingga mencampur adukkan pemikiran rasional dan ilmiah yang mengarahkan pada kesimpulan yang mengelirukan mengenai sifat semula jadi manusia yang bertentangan dengan Islam.

Psikologi, misalnya menanamkan gagasan bahawa setiap perilaku buruk atau kesalahan manusia (seperti homoseksual) berasal dari kerosakan suatu fungsi otak, bukannya hasil dari idea atau gagasan yang berbahaya yang sebenarnya boleh disembuhkan dengan Islam dan bahkan dapat dicegah oleh Islam. Hal tersebut dapat menjadikan seorang pemuda terjebak di antara dua sudut pandang kehidupan, yang jauh dari kehidupan dunia dan akhirat, dan pemikiran-pemikiran yang sihat. Pemuda tersebut kehilangan prestasi-prestasi akademiknya dan jauh dari gambaran pemuda soleh.

Model pendidikan seperti ini, memfokuskan pada sekularisasi umat, benar-benar menghalangi generasi muda Muslim dari pola pikir Islam dan menyuburkan gaya hidup Barat. Dengan mengimport, meniru gaya hidup dan budaya Barat, Republik Turki mencemari kaum Muslim dengan penyakit serupa yang telah mengjangkiti masyarakat Barat. Sistem pendidikan yang mencampurkan antara siswa lelaki dan perempuan pun menjadi masalah tersendiri. Saat sekolah-sekolah di Barat sudah mulai memisahkan kelas antara lelaki dan perempuan kerana banyaknya masalah dari kelas campur ini, Turki masih saja berkeras untuk menerapkan kelas campur dengan alasan sekularisme semata. Pacaran bahkan pergaduhan yang disebabkan rasa cemburu atas kemesraan antara lelaki dan perempuan, sayangnya, biasa terjadi di sekolah-sekolah di Turki.

Peristiwa pembunuhan atau bunuh diri di sekolah-sekolah juga sering diberitakan. Pertubuhan Pekerja Pendidikan dan Penelitian (Eğitim-Sen) menerbitkan sebuah laporan berjudul "Seksisme dalam Laporan Pendidikan 2015", yang menunjukkan bahawa sekolah adalah tempat paling sering terjadi kes keganasan terhadap anak perempuan mahupun wanita dewasa; dan bahawa sekolah adalah tempat kepincangan jantina paling banyak terjadi. Kaji selidik lain yang dilakukan oleh Eğitim-Sen mengungkapkan 13% dari semua siswa yang dikaji menyatakan bahawa mereka mengalami serangan fizikal dan 54% dari serangan ini dilakukan oleh geng-geng di sekolah. Sementara itu, 90.8% siswa dinyatakan ketagihan TV bersiri. Pada bulan Oktober tahun lalu, muncul skandal lain di Turki yang menunjukkan besarnya kes pelacuran anak usia sekolah. Seorang gadis 17 tahun di kota Tekirdağ telah dikenalpasti menjual gadis sekolah berusia 13 tahun kepada lelaki yang lebih tua untuk mendapatkan wang.

Seterusnya, meningkatnya kes penyalahgunaan dadah dan alkohol bahkan merosakkan anak berumur 10 tahun. Setiap tahun hampir 230 000 pesakit mendapatkan rawatan untuk ketagihan ubat-ubatan terlarang. Sebanyak 25% daripada mereka berusia 12-14 tahun, dan lebih dari 17% berusia 11 tahun bahkan lebih muda; 8% dari penagih dari kelompok usia 15-18 tahun kehilangan nyawa mereka, sementara 1.2% penagih di bawah 15 tahun meninggal dunia. Ini hanya kes yang sampai di meja polis. Lebih parah lagi, data dari Institut Statistik Turki mengungkapkan bahawa setiap tahun hampir 115 000 anak-anak dilaporkan kepada polis dengan dakwaan jenayah seperti pencurian, menjual atau membeli ubat-ubatan terlarang (dadah), vandalisme harta, ancaman keganasan atau bahkan terlibat dalam keganasan.

Ketika kes korban akibat permasalahan sosial dan moral seperti ini semakin memburuk dan meluas dari hari ke hari, pemerintah Turki masih saja berkeras untuk berpegang teguh kepada sistem pendidikan sekular di negara yang majoriti penduduknya Muslim ini. Tambahan pula, sistem pendidikan tersebut banyak menerima bantuan kewangan, jaminan, pinjaman, dan biasiswa dari Barat. Program pembelajaran ke luar negeri seperti Comenius, Erasmus, Leonardo da Vinci, Grundtvig, Program Pemuda dan Program Monnet Jean, juga memiliki tujuan yang sama. Setiap tahun, lembaga seperti Universiti Eropah, UNICEF, dan Bank Dunia mengeluarkan jutaan dolar dan jutaan euro melalui program hibah seperti MEDA dan MATRA untuk tujuan yang sama di Turki. Program-program ini hanya menanamkan idea bahawa Barat adalah negara maju, dan bahawa masa depan yang maju hanya dapat dicapai melalui gaya pendidikan dan gaya hidup ala Barat.

Ini hanyalah gambaran singkat dari semua masalah yang disebabkan oleh sistem pendidikan sekular yang telah diterapkan selama lebih dari 90 tahun. Sebagai tambahan, kegagalan untuk menuju keberhasilan akademik dari pendidikan yang telah disediakan ini dapat dilihat dari hasil tahunan PISA dan TIMSS (Trends in Mathematics International dan Science Study). Nilai Matematik kelas empat dan kelas lapan serta nilai Sains kelas empat berada di bawah rata-rata TIMSS.

Menurut hasil PISA (mengukur keterampilan membaca, matematik dan sains anak-anak usia 15 tahun) Turki mengalami penurunan bahkan jauh lebih rendah dibandingkan dengan tahun-tahun sebelumnya: peringkat kedua dari bawah di antara 35 negara anggota OECD, PIAAC (Programme for the International Assessment of Adult Competencies) pun tidak menunjukkan hasil yang lebih baik. Ujian ini dilakukan pada penduduk dengan kadar usia 16-65 tahun. Turki menempati urutan ke-31 di antara 34 negara OECD, ketiga dari bawah, dalam hal kemampuan mambaca. Hasil yang sama juga dalam kemampuan mengira. Di bahagian terakhir ujian, berjudul 'Pemecahan Masalah dengan Kekayaan Teknologi'; Turki mendapat tempat kedudukan terakhir. Hasil semua ujian membuktikan rendahnya tahap pendidikan di Turki.

Kesimpulannya, tujuan utama dari sistem sekular dalam bidang pendidikan ini adalah untuk mencegah lahirnya generasi berkeperibadian Islam yang menjadikan Islam sebagai pedoman hidup. Alasannya sangat jelas sekali: Sistem Pendidikan Turki yang sekular berusaha mengalihkan umat untuk tidak menjadikan Islam sebagai ideologi, dan mengalihkan kesedaran umat bahawa republik ini didirikan untuk melayani kepentingan kekuasaan penjajah Barat yang membelenggu umat Islam.

Hal ini kerana umat Islam yang mampu berfikir cemerlang akan mula mempertanyakan sistem yang ada, menyedari perbezaan antara sistem yang ada dan keyakinannya, sehingga pada akhirnya akan muncul keinginan untuk menggantikan sistem ini dengan sistem pemerintahan Islam, Khilafah Rasyidah sesuai metod kenabian. Sebab, hanya sistem yang ditetapkan oleh Allah SWT bersama penerapannya yang akan menyembuhkan penyakit yang menimpa umat Islam dan seluruh umat manusia. Penyakit yang diakibatkan oleh hukum dan gaya hidup Barat. Apakah ada ancaman yang lebih besar terhadap kelangsungan negara sekular daripada Khilafah Islam?

Ditulis untuk Pejabat Media Pusat Hizbut Tahrir oleh Zehra Malik

SHARE THIS

0 comments:

Post a Comment