Komuniti Muslim di Belanda Bersatu dalam Usaha Terakhir untuk Membantah Larangan Niqab


Dalam usaha terakhir untuk menghentikan persetujuan larangan niqab, komuniti Muslim di Belanda telah melancarkan sebuah kempen bertajuk: #TegenNiqabverbod (maksudnya: "melawan larangan niqab"). Melalui kempen ini, komuniti Muslim cuba menghentikan persetujuan larangan itu yang akan diputuskan oleh Senat Parlimen Belanda pada 17 Januari.

Usaha sebelum ini pada tahun 2012 untuk melarang penuh niqab telah ditunda ketika pemerintahan kanan-tengah tumbang. Harapan komuniti Muslim bahawa usaha pelarangan niqab akan dibekukan di bawah pemerintahan sayap kiri terpilih yang baru telah hancur berkeping-keping apabila Menteri Plasterk hanya membuat perubahan yang tidak bererti terhadap larangan tersebut, bahkan bersikap keras untuk melanjutkan prosesnya. Perubahan dangkal itu hanya membenarkan perempuan untuk mengenakan niqab saat berjalan di jalanan namun melarang pemakaian niqab di institusi-institusi pendidikan dan kesihatan, pejabat-pejabat kerajaan, juga di dalam pengangkutan awam, merupakan usaha yang menyedihkan untuk menipu komuniti Muslim supaya menganggap bahawa hal tersebut bukanlah serangan langsung terhadap nilai-nilai luhur Islam.

Dengan pembuatan undang-undang ini, pemerintah Belanda sekali lagi telah menunjukkan kecacatan dan kontradiksi besar di dalam kerangka kerja mereka yang sekular. Di satu sisi mereka menuduh Islam menindas perempuan, namun di sisi lain mereka sendiri membuat aturan pelarangan yang menolak hak perempuan untuk menutup tubuhnya.

Namun Alhamdulillah, sebahagian besar dari komuniti Muslim dapat melihat standard retorik ini serta tidak tertipu oleh hujah-hujah kerajaan, tidak kira sama ada disuarakan oleh parti sayap kiri atau sayap kanan. Mereka sedar bahawa undang-undang pembatasan yang diskriminatif ini tidak ada hubungannya dengan isu komunikasi yang lebih baik dan isu keamanan, mereka juga sedar bahawa undang-undang tersebut adalah serangan langsung terhadap Islam dan simbol-simbolnya.

Susulan dari kampen tersebut, sebuah pernyataan dibuat dan ditandatangani oleh banyak organisasi mahupun individu Muslim di mana perhatian di atas diungkapkan. Lebih lanjut dinyatakan bahawa undang-undang ini, tentu saja akan menindas perempuan yang memutuskan untuk menegakkan keyakinan Islam mereka, sehingga mustahil baginya untuk melibatkan diri dalam masyarakat tanpa dipaksa untuk membayar denda, dan disebabkan itu para perempuan Muslim terpaksa mengasingkan diri. Pernyataan tersebut berjaya membawakan kontradiksi antara larangan ini dengan apa yang disebut sebagai kebebasan individu. Dengan inisiatif ini, komuniti Muslim mendesak Senat untuk bersikap objektif ketika memutuskan untuk melaksanakan undang-undang ini dan untuk mengakui bahawa larangan ini memgandungi unsur-unsur diskriminatif.

Ketika kaum Muslimah dibatasi dalam ketaatan mereka terhadap Pencipta mereka, komuniti Muslim harus berdiri bersama melindungi hak-hak mereka. Walaupun tidak semua dari kita berpendapat bahawa mengenakan niqab adalah wajib, kita harus memahami bahawa itu adalah pendapat Islam yang valid. Kita juga harus memahami bahawa bukan niqab yang sedang diserang, namun nilai-nilai Islam itu sendiri. Oleh kerana itu, sebagai Muslim kita harus bersatu melawan setiap usaha untuk melemahkan, menghina, atau menghalang praktik-praktik Islam.

Oleh itu, ini adalah inisiatif yang unik bagi masyarakat Belanda kerana begitu banyak organisasi Muslim yang berbeza telah bekerjasama dalam melindungi agama mereka, Alhamdulillah. Ini menunjukkan bahawa kepercayaan diri kaum Muslim tentang apa yang mereka miliki dalam Islam terus tumbuh dan ini juga menunjukkan vitaliti serta kekuatan mereka ketika membela agama ini secara intelektual.

Rasulullah SAW bersabda, “Sesungguhnya, orang-orang Mukmin bagaikan satu bangunan yang saling menguatkan satu sama lain,” dan Nabi SAW menggenggam jari-jemarinya. [HR Bukhari 467 & Muslim]

Ditulis untuk Pejabat Media Pusat Hizbut Tahrir
oleh Yasmin Malik
SHARE THIS

0 comments:

Post a Comment