Hi-Tea Muslimah di Kampar

25 Mac 2017, Kampar - MHTM Cawangan Ipoh telah mengadakan Hi-tea Muslimah bertujuan merapatkan ukhuwah di kalangan Muslimah khususnya di sekitar Kampar. Hi-tea Muslimah ini bukan hanya memfokuskan pada jamuan makan sambil berukhuwah sahaja, tetapi yang lebih utama tersirat di dalamnya mesej dakwah untuk dibawa pulang oleh peserta-peserta yang hadir.

Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan dari Ketua MHTM Cawangan Ipoh, Puan Nazirah. Beliau mengalu-alukan kehadiran para peserta dan menjelaskan objektif Hi-tea Muslimah diadakan.

Mengimbau peristiwa duka yg berlaku kepada umat Islam dalam bulan Mac 93 tahun yg lalu, iaitu kejatuhan sebuah Daulah Islamiyyah pada 3 Mac 1924, MHTM Ipoh mengambil inisiatif mengajak peserta yang hadir untuk bersama-sama menonton sebuah video yang bertajuk 'Ila Mata'.

Tayangan video ini memaparkan bagaimana ummat Islam dibelahan dunia seperti di Kasmir, Pakistan, Palestin, Syiria, Turki dan banyak lagi telah mengalami derita yang teramat pedih semenjak keruntuhan perisai ummat Islam. Kafir barat berseronok dan bangga apabila berjaya memecah belahkan bumi Islam kepada negara-negara kecil umat Islam. Jelas tampak dendam yg sekian lama terpendam di hati puak kuffar apabila berhasil membunuh nyawa yang tidak berdosa dengan begitu kejam dan tidak berperikemanusiaan. Apa yang pasti dendam ini tidak akan pernah berakhir. Sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud "dan sekali-kali tidak akan redha yahudi dan nashoro sehingga kamu mengikut millah (cara hidup) mereka." (TMQ 2:120). Inilah 'harga' yang perlu dibayar oleh umat Islam apabila meninggalkan syariat Islam.

Tayangan video yang berdurasi 45minit itu dikendalikan oleh Ustazah Aishah berjaya menyentuh jiwa hadirat yang hadir sehingga ketika menjamu selera, mereka masih memperkatakan perihal ummat hari ini yang semakin rosak. Sehingga mereka memikirkan bagaimana cara yang efisien untuk mengatasi masalah kritikal ini.

Majlis diakhiri dengan bacaan doa seterusnya jamuan makan.

Pihak MHTM Cawangan Ipoh merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada urusetia yang memberikan kerjasama padu bagi menjayakan Hi-tea Muslimah ini. Semoga peserta yang hadir memperolehi input yang bernilai dan merapatkan ukhuwah fillah hasil dari Hi-tea tersebut.







SHARE THIS

0 comments:

Post a Comment