Jika Menyerah… Kalah. Maka Bangunlah!

Jangan lemah, jangan ‘saling menunggu’. Kita tidak boleh menunggu kemenangan tegak sementara kita berpangku tangan. Kita tidak boleh diam menunggu Khilafah tegak, kerana menegakkan Khilafah itu adalah kewajipan kita bersama sebagai kaum Muslimin.


Bersabarlah, penyerang Barat dan ejen-ejennya memang hipokrit. Hanya kerana seorang daripada mereka mati, mereka berteriak-teriak di media seluruh dunia. Di Amerika, hanya kerana sedikit yang mati, mereka dengan egonya membinasakan Afghanistan. Oleh kerana itulah umat Islam di seluruh dunia boleh seperti mereka. Umat Islam juga tidak akan boleh berhenti untuk memperjuangkan nasib saudara-saudaranya yang gugur di medan jihad.

Saudara-saudara kita yang ada di negeri-negeri tertindas, berjuang seadanya. Tidak punya tempat tinggal, makanan, senjata apalagi teknologi moden. Tapi meski dengan keadaan seperti itu, tidak akan pernah menggentarkan, juga tidak boleh menghentikan jalan kemerdekaan, meski pun propaganda-propaganda negatif dan perisikan-perisikan juga dikirimkan kepada mereka.

Hari ini anda menyaksikan, di mana-mana masyarakat bangkit hendak melakukan revolusi itu bukan sekadar ingin menggulingkan rejim, tetapi sekaligus untuk mengusir penjajah Barat dan ejen-ejen penjaganya. Semua solusi yang ditawarkan Amerika pada hakikatnya adalah sekadar menggantikan rejim lama dengan rejim baru yang akan menjadi ejen Amerika.

Marilah Kita beraktiviti untuk menyatukan pendapat kaum Muslim seputar Khilafah. Insya Allah, sesuai dengan janji Allah dan khabar gembira dari Rasulullah saw., mereka semua akan menyatu dalam naungan Khilafah. Oleh kerana itu, parti politik Islam seperti Hizbut Tahrir berdakwah siang dan malam ke berbagai daerah untuk memberikan kesedaran kepada kaum Muslim akan hal itu.

Dalam menghadapi berbagai cabaran dakwah, kita tidak boleh menyerah dan putus asa. Para ulama dan aktivis dakwah seluruhnya perlu menyedari bahawa mereka sedang melaksanakan tugas para rasul dan para nabi terdahulu yang dikelilingi rahmat oleh Allah. Jika kita bertindak seperti tindakan kaum Muslim yang jujur, mukhlis dan mengimani Allah maka kekuatan yang ada di dunia—betapapun kuat, menindas dan berat—tidak akan boleh memalingkan para pengemban dakwah dari misi mereka. Para pengemban dakwah mendapat beban dakwah dari Allah SWT sehingga tidak mungkin untuk mundur ke belakang. Sebaliknya, negara-negara ejen Amerika dan Barat akan terjunam dari pengkhianatannya kepada umat. Jelas, Allah SWT jauh lebih kuat daripada segala kekuatan di muka bumi.

Allah SWT akan menolong Anda jika Anda bersabar di atas fitrah yang menjadi dasar penciptaan manusia. Khilafah tidak akan tegak dengan sendirinya, namun dengan perjuangan orang-orang beriman yang benar dengan keimanannya. Insya Allah kita meminta tolong pada Allah sambil bersungguh-sungguh berjuang. Dan amatlah mudah bagi Allah SWT untuk mewujudkan semua itu.

Oleh: Ainun Dawaun Nufus (Pemerhati Sosial Politik)

Sumber: Hizbut Tahrir Indonesia
SHARE THIS

0 comments:

Post a Comment