Kashmir Adalah Tanah Kaum Muslimin!


Rakyat Kashmir masih bergolak, pertempuran sengit antara pihak gerila dan tentera India berkecamuk, dan yang terbaru adalah pada Sabtu (4/3/17) di daerah pergolakan Kashmir yang dikuasai India. Pertempuran meletus di Desa Tral di daerah Pulwama, sekitar 42 kilometer di sebelah selatan Kota Srinagar, ibukota musim panas Kashmir-India. Penderitaan yang dialami oleh Muslim Kashmir sejak pendudukan India pada 27 Oktober 1947 masih belum selesai. Pelbagai persoalan melibatkan tindakan politik, kesamarataan ekonomi, krisis sosial, dan budaya masih menjadi menu sehari-hari warga Kashmir.

Geo-politik

Kashmir adalah wilayah dengan luas sekitar 217,935 km2, yang dikelilingi oleh Pakistan, India, China dan Afganistan. Penduduknya berjumlah 12 juta orang; 85% dari mereka adalah Muslim, manakala baki 15% adalah dari agama lainnya, seperti Hindu, Sikh dan Buddha. Para penakluk Muslim menyebut Kashmir sebagai langit-langit dunia atau kebun Allah di muka bumi kerana iklim yang baik, hutan-hutan yang luas dengan sumber daya dan di dalamnya ada puncak gunung tertinggi di dunia (Himalaya). Kashmir adalah sebuah negeri yang kaya dengan perairan dan sungai-sungai, kerana ia memiliki sungai-sungai Sind, Jhelum dan Chenab. Kebanyakan dari tanah negeri itu ada pada sekitar 1200 m di atas permukaan laut. Ini adalah negeri tempat menyeberangi laluan Sutera (Silk Road) yang terkenal, dan negeri ini adalah satu-satunya penghubung antara China dan Pakistan. Pada tahun 1983, permata nilam dan delima ditemui di sana, ini merupakan suatu faktor yang meningkatkan keteguhan India untuk menduduki negeri itu dan mendominasi Kashmir secara terus menerus.

Kashmir dibahagi menjadi dua bahagian. Sebahagiannya di bawah kawalan Pakistan dan sebahagian lainnya dikuasai India. Pakistan dan PBB sebenarnya telah memperakui hak penduduk Kashmir untuk menentukan nasib dirinya sendiri, namun pilihan ini ditentang oleh New Delhi. Konflik terus berkecamuk di Kashmir. Dan sekarang ia mesti terpecah masuk ke dalam tiga negara. Pakistan menguasai barat laut Kashmir, India mengawal tengah dan bahagian selatan Jammu dan Kashmir, dan manakala China menduduki timur laut (Aksai Chin). Meskipun wilayah ini secara praktikalnya diatur oleh ketiga-tiga negara tersebut, India tidak pernah memperakui kekuasaan Pakistan dan China. Sebaliknya, Pakistan juga memandang seluruh wilayah Kashmir sebagai milik sahnya dan turut tidak memperakui India.

Ada empat nilai strategik Kashmir. Pertama, terkait kedudukan geografinya. Kashmir merupakan tempat yang sangat sesuai sebagai benteng pertahanan kerana lokasinya yang terlindung oleh gunung. Begitu strategiknya wilayah ini, sehingga pada abad ke-19 ia pernah menjadi rebutan diantara imperium Rusia dan Britain.


Secara ekonomi Kashmir memiliki sumber mata air sungai seperti sungai Indus, Jhelum, dan Chenap yang sangat bermakna bagi India dan Pakistan untuk keperluan pengairan dan penggunaan rakyat kedua-dua negara tersebut. Ketiga, kepemilikan, Wilayah Kashmir yang dituntut oleh kedua-dua negara India dan Pakistan, telah membawa dampak munculnya perebutan ke atas wilayah Kashmir oleh India dan Pakistan. Keempat, faktor ideologi, mengingatkan wujudnya dalam kalangan Muslim Kashmir dan Pakistan akan perasaan yang kuat untuk kembali kepada Islam dan kemuncaknya adalah jihad, serta kedudukan genting rejim demi rejim Pakistan, maka Amerika Syarikat tidak mengizinkan Kashmir merdeka.

Warga Muslim Kashmir yang dijajahi oleh India terus-menerus melakukan penentangan sejak 27 tahun untuk mendapatkan kemerdekaan. Dan selama bertahun-tahun perjuangan itu, lebih dari 47000 warga Muslim Kashmir telah syahid dibantai oleh penjajah India. Para pemuda di Kashmir terus-menerus melakukan intifadhah melawan penjajahan India.

Peristiwa demi Peristiwa

Kaum Muslim Kashmir menderita di bawah penindasan pemerintah India sejak bertahun-tahun lamanya. Sebelumnya tanah India berada dalam kedamaian di bawah kekuasaan Islam hingga akhirnya penjajah Inggeris memecah belahkan negeri tersebut. Sejak Khilafah Islamiyyah dibubarkan, penderitaan umat di pelbagai negeri termasuk India terus berlaku. Kaum Muslim Kashmir, terus menderita hingga kini. Sementara negeri-negeri Muslim lainnya masih berdiam diri. Padahal, sudah lama kaum Muslim di India sejahtera berada di bawah kekuasaan Khilafah. Batasan semu nasionalisme menjadikan kaum Muslim terpecah belah dan hidup dalam penderitaan. Tangisan muslim Kashmir kembali memanggil tentera kaum Muslim di seluruh dunia untuk membebaskan mereka dari cengkaman kezaliman rejim India.

Sejak tahun 2003, gencatan senjata antara kedua-dua negara yang memiliki senjata nuklear itu kerap terjadi. Meskipun pertempuran itu kecil, tetapi ia menjadi rutin pada setiap musim panas. Kedua belah pihak secara rutin telah menyalahkan pihak yang lain kerana memulai pertempuran dan berkeras untuk membalasnya. India dan Pakistan terlibat dalam dua dari tiga peperangan dari tahun 1947 sejak mereka melakukan tuntutan ke atas wilayah Kashmir. Semenjak 1947 juga, mereka telah memerintah setiap bahagian wilayah yang mereka perolehi.

India menuduh Pakistan membantu gerila anti-India. Namun, Pakistan dengan tegas menyangkal hal ini, dan menyatakan bahawa mereka hanya menawarkan dukungan moral dan diplomatik bagi kelompok militan dan penduduk Kashmir yang menentang kekuasaan India.

Ironi, ketika menyaksikan penguasa Pakistan mengkhianati keinginan kaum Muslim Kashmir; tidak bergegas melakukan pembebasan, padahal pada tahun 1989 ketika warga Kashmir melakukan penentangan terhadap pihak militan penjajah India dan telah mengorbankan ratusan ribu syuhada yang mana mereka sudah berada di ambang pembebasan Kashmir. Akan tetapi, para penguasa Pakistan telah menarik ketenteraan Pakistan dari pegunungan Karghil. Ini disebabkan oleh penguasa Pakistan yang tidak bersedia menentang rencana Amerika di Kashmir. Pakistan menginginkan penglibatan Washington dalam menyelesaikan masalah Kashmir sebagai imbalan atas bantuannya kepada Amerika Syarikat di Afghanistan.

Secara sejarahnya, Islam masuk ke Kashmir di bawah pimpinan Muhammad ibn Al-Qasim yang menyebarkan Islam ke seluruh benua kecil India semasa Khilafah Abbasid, dan berkuasa di sana hingga pertengahan abad ke 19. Pihak Inggeris walau bagaimanapun telah menceroboh ke dalam benua tersebut pada tahun 1819 dan mendapat penentangan yang luar biasa dari kaum Muslim. Pada tahun 1846, pihak Inggeris telah menguasai India melalui ketenteraan dengan bantuan penganut Hindu, Sikh, dan Buddha.

Pihak Inggeris lalu menyewakan Kashmir kepada kekuasaan feudal Hindu selama 100 tahun di bawah perjanjian Amritsar. Setelah benuakecil dipecahkan pada tahun 1947, para penguasa feudal Hindu menyerahkan Kashmir kepada India dan ini telah memicu serangkaian peperangan, akibatnya dua pertiga Kashmir jatuh ke tangan India, dan sepertiga lagi dikuasai Pakistan. Sejak dijajah oleh Hindu, umat Islam telah dibantai, dipenjara, diperkosa dan tempat ibadahnya dihancurkan. Pada saat yang sama penguasa Pakistan tidak banyak berbicara dan membiarkan nasib umat Islam di Kashmir begitu sahaja. Ini semua memburukkan lagi penderitaan umat Islam di Kashmir.

India masih terus melakukan tindakan liar ke atas Kashmir, sambil mengulangi retorika terorisme dan teroris, sehingga menciptakan ketidakjelasan atas masalah tersebut. Negeri tersebut ingin agar orang berfikir bahawa Kashmir adalah milik orang Hindu, dan oleh sebab itu sepatutnya Kashmir berada di bawah kekuasaan mereka. Tindakan balasan kaum Muslim di Kashmir atas serangan yang dilakukan India itu, dalam pandangan mereka, dianggap sebagai pemberontakan terhadap negara India, yang memiliki kekuasaan untuk menghancurkan mereka. Dengan demikian, mereka ingin memberikan pencitraan yang salah atas masalah tersebut. Hakikatnya, Kashmir adalah tanah kaum Muslim; bahkan seluruh India merupakan tanah kaum Muslim, yang ditaklukkan kaum Muslim dan mendapat cahaya setelah hidup dalam kegelapan. Kekuasaan Islam di sana berlanjutan sehingga ke pertengahan abad ke-19 yang mana itu Inggeris menyerang India dan melakukan pembunuhan massa dan pelanggaran hak asasi manusia serta menghancurkan alam.

Hakikat Kashmir adalah tanah Islam, yang ditaklukkan Muslim dan Islam memasukinya di akhir abad pertama Hijriah. Islam datang dengan penaklukan Sind dan Hind di tangan seorang Jeneral Muslim, Muhammad al-Qasim, yang dimulai pada tahun 94 H (712 M). Islam kemudian tersebar di sana dan di sebahagian wilayah di benua kecil India pada zaman Khalifah Abbasid, al-Mu ‘tasim, 218-225 H (833-839 M). Kekuasaan Islam berlanjutan dan seluruh benua kecil itu, yang kini dikenali sebagai India, Pakistan, Bangladesh dan Kashmir, merupakan sebahagian darinya.

Sesungguhnya…

Kashmir merupakan tanah Islam, termasuk seluruh wilayah India. Oleh kerana Khilafah Islam telah menaklukkan wilayah itu dalam abad pertama Hijrah, maka negeri itulah (Khilafah) yang dapat membawa Kashmir dan benua kecil India kembali dalam kekuasaan Islam. Negara itu juga dapat menghapus penindasan, penguasaan dan tindakan kejam dari orang Hindu dan pengikutnya terhadap kaum Muslim. Muslim di benua kecil India mampu untuk melakukannya.

Sesungguhnya hanya Khilafah lah satu-satunya yang akan mampu melenyapkan hegemoni imperialisme Amerika dari Pakistan, Kashmir, India. Hanya Khilafah-lah yang akan sanggup melepaskan kekuatan cengkaman Barat di dalam pelbagai urusan dalam negeri kaum Muslim. Khilafah-lah yang akan menjatuhkan hukuman terhadap serangan-serangan yang dilakukan oleh kaum kafir. Khilafah-lah yang akan merealisasikan keadilan bagi kaum Muslim sebagaimana yang telah direalisasikan selama berabad-abad.

Khilafah yang akan menjamin bagi masyarakat pemenuhan keperluan-keperluan asas mereka tanpa membezakan warna kulit, ras, dan agama. Khilafah jugalah yang akan mewujudkan penguasaan Islam atas semua agama di seluruh muka bumi. Ketika itu matahari Islam pun bersinar, pada waktu itu Allah memenangkan Islam dan menghinakan kekufuran dan ejen-ejennya. Sehingga obor kebaikan menyala, berkibaran dengan tingginya bendera Khilafah, bendera la ilaha illa Allah, Muhammadun Rasulullah.

Oleh: Umar Syarifudin (Pemerhati Politik Antarabangsa)
SHARE THIS

0 comments:

Post a Comment