Street Dakwah Di Dataran Nilai Bersama Umat

23 April 2017 (Ahad), Dataran Nilai, Negeri Sembilan - MHTM Cawangan Bangi mengambil kesempatan hujung minggu dengan membuat Street Dakwah di Dataran Nilai, Negeri Sembilan.

Street Dakwah kali ini disertai dengan 3 jenis bahan pameran yang bertajuk Islam, Kepemilikan Dalam Islam, dan Islam Vs Demokrasi. Disamping itu, risalah dakwah Sautun Nahdhah dan Hijab Syarie disebarkan kepada masyarakat yang sedang beriadah sebagai bacaan tambahan mereka.

Street Dakwah ini diadakan untuk menyedarkan kepada Umat Islam tentang Islam yang merupakan agama yang diturunkan oleh Allah kepada manusia melalui Nabi Muhammad SAW sebagai utusannya. Islam diturunkan untuk mengatur kehidupan manusia dari segi ruhiyah dan jasmani iaitu dalam menagatur hubungan diri kepada Allah, hubungan dengan dirinya sendiri dan hubungan diri dan orang lain yakni mualamat, pemerintahan, ekonomi, perundangan dan lain-lain.

Bukan itu sahaja, Street Dakwah ini juga menjelaskan kepada umat mengenai kepemilikan harta dalam Islam. Kepemilikan harta terbahagi kepada tiga yakni kepemilikan individu , kepemilikan umum dan kepemilikan negara. Kempen ini menekankan betapa indahnya hidup apabila muamalat umat islam didasarkan dengan ekonomi Islam yang diaturkan oleh Al-Khaliq.

InsyaAllah, semoga dakwah di tengah-tengah masyarakat dapat mengembalikan kesedaran memperjuangkan Islam dalam kalangan masyarakat Malaysia khususnya di Bandar Nilai.








SHARE THIS

0 comments:

Post a Comment