AS berhasil menjatuhkan MOAB ke Afghanistan Hasil Pengkhianatan Penguasa Muslim

AS berhasil menjatuhkan MOAB ke Afghanistan Hasil Pengkhianatan Penguasa Muslim Yang Menjatuhkan Afghanistan Ke Tangan AS

Dua hari lepas (13/04/2017), Amerika Syarikat (AS) telah menggugurkan bom non-nuklear yang terbesar di bumi Afghanistan. Bom GBU-43 seberat lebih 21,000 pound (9525 kg), yang mempunyai 11 tan bahan letupan, digugurkan dari pesawat MC-130 di daerah Achin di wilayah Nangarhar, berhampiran dengan sempadan Pakistan, kata jurucakap Pentagon, Adam Stump.


Bom ini yang diberi gelaran oleh Tentera Udara AS sebagai “Mother Of All Bombs” (MOAB) sebenarnya merupakan singkatan daripada Massive Ordnance Air Blast. Ia merupakan senjata atau bom terbesar yang pernah digunakan oleh AS dalam sejarah operasi tenteranya. AS mengeluarkan 15 unit MOAB sejak 2003 dengan kos $16 milion untuk setiap unit. Bom ini mempunyai radius letupan sejauh 1.6km. Setakat ini, sejauh mana kesan kemusnahan yang diakibatkan oleh bom ini masih belum dilaporkan sepenuhnya.

Kejahatan dan keganasan terbaru AS ini menunjukkan kepada kita:

(1) Jawatan ketua pengganas dunia masih tetap dirangkul oleh AS. Sikap kebinatangan dan kehausan darah umat Islam tidak pernah hilang daripada diri AS. Malangnya penguasa kaum Muslimin tetap menjadikan pengganas No 1 dunia ini sebagai sahabat baik mereka, dan sebaliknya para penguasa ini menganggap umat Islam mana pun yang dimusuhi oleh AS sebagai pengganas.

(2) Negeri kaum Muslimin hanya dijadikan “medan ujian” terhadap keberkesanan senjata/bom yang dikeluarkan oleh negara kafir AS, dan ini bukanlah kali pertama, dan bukanlah negara pertama yang dijadikan bahan ujikaji oleh AS. Semasa AS menyerang Iraq pada perang teluk yang pertama dulu, pelbagai jenis bom digugurkan ke bumi Iraq, bumi yang penuh dengan tamadun Islam satu ketika dulu. Diikuti dengan perang teluk yang kedua, Iraq sekali lagi menjadi medan ujian pelbagai jenis senjata AS. Bukan setakat itu, Iraq perlu membayar balik segala kos pengeboman yang dilakukan oleh AS, dengan segala kekayaan minyak Iraq terus mengalir ke AS.

(3) Kejayaan AS dalam menjadikan bumi kaum Muslimin sebagai tempat permainan mereka adalah kerana si kafir penjajah ini tahu bahawa penguasa kaum Muslimin semuanya bacul, pengecut lagi khianat. Para penguasa ini bukan sekadar tidak akan melakukan apa-apa menyaksikan kejahatan AS, malah mereka akan tetap berbaik dan melutut kepada AS dalam setiap hal.

(4) Kewujudan ISIS menjadi modal dan lesen besar bagi AS untuk membunuh kaum Muslimin atas nama memerangi ISIS, biar pun realitinya tempat-tempat awam yang menjadi sasaran AS dan ramai anak-anak serta kaum wanita yang menjadi korban selama ini, yang langsung tidak ada kaitan dengan ISIS. Lebih ironi, ISIS sendiri lebih berminat untuk membunuh sesama Muslim berbanding melawan kafir harbi AS.

(5) Pengeboman ini merupakan bukti kegagalan AS yang berterusan di Afghanistan. Umat Islam di Afghanistan terus-menerus menolak dan melawan pendudukan AS di wilayah mereka. Mereka tidak pernah menyokong AS yang jelas-jelas merupakan kafir penjajah yang jahat lagi pengganas. Jika AS berjaya memenangi hati penduduk Afghanistan, sudah tentu AS tidak perlu menjatuhkan bom sebesar itu untuk mengawal penduduk Afghanistan. Tetapi realitinya tidak demikian. Setelah 16 tahun peperangan dan setelah bersilih ganti bonekanya dilantik di Afghanistan, AS tetap tidak menang dan gagal mengawal sebahagian besar kaum Muslimin Afghan yang berpegang teguh dengan Islam dan tetap berjihad melawan AS.

(6) AS sebenarnya telah gagal dari segenap aspek untuk melawan kaum Muslimin. Cumanya, kebaculan dan pengkhianatan penguasa kaum Musliminlah yang menjadikan AS boleh terus bertindak semahunya ke atas kaum Muslimin. AS berjaya menjatuhkan MOAB ke atas Afghanistan kerana penguasa kaum Musliminlah yang telah menyerahkan Afghanistan ke tangan AS selama ini. Tidak ada seorang penguasa Muslim pun yang menggerakkan bala tentera untuk berjihad melawan AS dan berusaha membebaskan Afghanistan dll negeri kaum Muslimin. Sebaliknya, mereka dengan gembira menyerahkan wilayah kaum Muslimin ke tangan musuh Allah, musuh RasulNya dan musuh kaum Mukminin.

(7) Kejahatan dan keganasan terbaru AS di bawah pentadbiran Trump ini menunjukkan kepada kita betapa umat Islam memerlukan Negara Khilafah, sebuah negara yang akan menjawab segala kebiadaban AS, sebuah negara yang akan menjaga darah dan nyawa kaum Muslimin dan seterusnya akan membebaskan keseluruhan wilayah Islam yang berada di bawah dominasi kuffar AS.

Mana-mana Muslim pun yang tidak berjuang untuk menegakkan Khilafah, sehingga menyebabkan umat Islam terus dibunuh oleh AS, wilayah Islam terus diduduki oleh AS serta kekayaan umat Islam terus dirampas oleh AS, sesungguhnya tidak akan terlepas daripada “dosa investasi” yang terus mengalir dalam dirinya. Na’uzubillah min zalik. Semoga semakin ramai umat ini yang akan sedar dan bangkit untuk berjuang bersama Hizbut Tahrir untuk menegakkan Khilafah Rasyidah ala minhaj nubuwwah untuk kedua kalinya, yang telah dijanjikan oleh RasulNya.

Sumber: https://www.facebook.com/JurucakapHTM/videos/192585877918283/
SHARE THIS

0 comments:

Post a Comment