Diskusi Mustanir di pasar malam di Nilai

1 April 2017 (Sabtu), Negeri Sembilan - Muslimah Hizbut Tahrir Malaysia Cawangan Bangi menjalankan aktiviti turun ke masyarakat di bawah program yang dinamakan ‘Diskusi Mustanir’. Kali ini para aktivis turun ke pasar malam di Nilai Negeri Sembilan. Para petugas menjelaskan berkenaan bahan pameran Islam dan Umatan Wahidah. Mengingatkan para remaja yang hadir tentang kewajipan untuk hidup dalam aturan Islam secara kaffah di dalam satu kesatuan akidah serta peraturan hidup, dikaitkan bahawa umat Islam ini harus bersatu di dalam naungan sistem Islam.

Para aktivis MHTM turut melakukan edaran risalah dan nasyrah dakwah. Alhamdulillah, respon yang baik diterima daripada masyarakat setempat.

Insyallah, MHTM menjemput seluruh masyarakat setempat untuk turut serta dalam aktiviti yang dijalankan di masa-masa akan datang di tempat masing-masing.





SHARE THIS

0 comments:

Post a Comment