Kempen Rejab Demokrasi Sistem Gagal Khilafah Solusi Tunggal Di KL

15 April 2017 (Sabtu), Kuala Lumpur: Bersempena kehadiran Bulan Rejab 1438H, MHTM Kuala Lumpur telah turun bertemu umat di tengah tengah ibukota Kuala Lumpur untuk melaksanakan Kempen Rejab dengan tema Demokrasi Sistem Gagal Khilafah Solusi Tunggal.

Para pengunjung di perjelaskan tentang perbezaan antara Demokrasi dan Islam.

Ramai pengunjung yang menyatakan penghargaan mereka kerana tidak pernah sebelum ini mendapat penjelasan tentang apa itu Sistem Pemerintahan Demokrasi dan bagaimana Islam memerintah sebuah Negara serta tentang Sejarah kegemilangan dan kejatuhan Pemerintahan Islam suatu masa dahulu.

Antara bunting lain yang di pamerkan dan dijelaskan kepada para pengunjung ialah tentang Aurat Muslimah, Islam Kaffah, FAJAR (Penghijrahan dari Sistem Pemerintahan Kufur kepada Sistem Pemerintahan Islam oleh Baginda Rasulullah SAW) serta Sistem Ekonomj Islam.

Risalah yang berkaitan dengan tema kempen juga diberikan secara percuma untuk bahan bacaan pengunjung yang hadir. Ramai pengunjung yang menyokong usaha MHTM KL mendekati umat dengan cara turun di jalanan dan menjelaskan tentang Islam tanpa membezakan status pengunjung.

Wallahu alam.










SHARE THIS

0 comments:

Post a Comment