Kuliah Muslimah Sempena 28 Rejab Di Tangkak

24 april 2017 (Isnin), Tangkak - Muslimah Hizbut Tahrir Malaysia Cawangan Muar telah mengadakan kuliah muslimah yang bertajuk "Kenangan 28 Rejab" , disampaikan oleh Ustazah Siti Zaidah. Di awal kuliah, para peserta diingatkan kembali kisah yang dilalui Rasulullah s.a.w dan diceritakan olehNya di dalam Al-Quran iaitu peristiwa Isra' dan Mikraj. Peristiwa ini penting bagi membuktikan sejauh mana keimanan seseorang terhadap kata-kata seorang Rasul. Tidak lama berselang selepas peristiwa bersejarah itu, Allah mendatangkan kemenangan dengan berdirinya Daulah Islam pertama di Madinah.

Malangnya, pada 28 Rejab 1342H, Khilafah telah dilenyapkan oleh agen Barat, Mustafa Kamal At-Tartuk laknatullah alaih. Bertambah parah, umat Islam dipaksa untuk duduk di bawah sistem demokrasi yang menyebabkan pelbagai bencana muncul. Justeru, para peserta difahamkan lima perbezaan sistem demokrasi dengan sistem Khilafah. Semoga semua muslimah yang hadir mendukung setiap usaha untuk menegakkan semula khilafah yang dijanjikan Allah dan RasulNya.





SHARE THIS

0 comments:

Post a Comment