Lapan Kunci Mewujudakan Barakah di Dalam Rumah

Maksud mendapatkan barakah di dalam rumah kita

Barakah adalah kata yang sering kita dengar namun sayangnya ianya telah hilang dalam rumah-rumah kita, sehingga kita tidak mendapat barakah dalam masa, dalam rezeki, harta dan anak-anak kita. Lalu apakah kunci untuk mendapatkan barakah itu?


Ada lapan kunci untuk mendapatkan barakah:

1. Tilawah al-Quran
Allah SWT berfirman:

(وهذا كتاب أنزلناه مبارك)

Allah telah menciptakan al-Quran Karim sebagai sumber barakah jika kita merenungkan maknanya dan hidup berdasarkan ajaran-ajarannya. Atas alasan ini Rasulullah SAW tercinta bersabda tentang rumah yang di dalamnya dibacakan al-Quran.

“Sesungguhnya rumah itu akan terasa luas bagi penghuninya, akan didatangi malaikat, dijauhi syaitan dan akan dibanjiri oleh kebaikan ke dalamnya, jika dibacakan al-Quran di dalamnya. Sebaliknya, rumah itu akan terasa sempit bagi penghuninya, akan dijauhi malaikat dan akan didatangi syaitan serta tidak akan banyak kebaikan di dalamnya, jika tidak dibacakan al-Quran” [HR Ad-Darimi].

2. Mengucapkan basmalah dan berzikir pada Allah SWT
“Jika seseorang memasuki rumahnya lalu dia menyebut nama Allah sewaktu melangkah masuk ke dalam rumahnya, begitu juga semasa dia makan, maka syaitaan pun berkata (pada teman-temannya), “Kalian tidak ada tempat untuk bermalam dan tidak ada jatah makan” [HR Muslim].

3. Sedekah
Dalam rangka mendapatkan barakah dalam rumah adalah dengan memberikan sedekah, terutama sedekah yang dirahsiakan kerana sedekah boleh menghapuskan murka Allah SWT.

4. Menjalin Tali Silaturrahmi
Rasullullah SAW telah mengajarkan kita bahawa menjalin tali silaturrahmi dan memperhatikan karakter yang baik akan meluaskan rezeki dan memanjangkan umur.

5. Bangun Pagi untuk Mencari Rezeki
Dari Shakhr bin Wada’ah RA., dia berkata bahawa Rasulullah SAW. telah bersabda:
“Ya Allah, berkahilah umatku di pagi harinya” [HR Abu Daud dan Tirmidzi].
Hadis ini tentang orang-orang yang meninggalkan rumah untuk mencari rezeki di awal pagi.

6. Mendirikan Solat di Awal Waktu
Mendirikan solat pada waktunya adalah antara usaha untuk mendapatkan barakah.
“Dan perintahkanlah kepada keluargamu mendirikan solat dan bersabarlah kamu dalam mengerjakannya. Kami tidak meminta rezeki kepadamu, Kamilah yang memberi rezeki kepadamu, dan akibat (yang baik) itu adalah bagi orang yang bertakwa” [TMQ Taha: 132].

7. Tawakal
Menyandarkan keyakinan kita pada Allah dengan sebenarnya sebagaimana yang disebutkan dalah hadis:

“Andai kalian tawakal kepada Allah dengan sebenarnya, nescaya Allah akan memberi rezeki kepada kalian seperti memberi rezeki kepada burung. Mereka pergi pagi hari dengan perut kosong dan pulang petang hari dengan perut kenyang” [HR Tirmidzi].

8. Istighfar
Bayak-banyak melakukan istighfar untuk memohon ampun (taubat) setiap hari. Selain untuk memohon keampunan, istighfar juga memperluas rezeki kita, seperti sabda Rasulullah SAW:

“Barang siapa memperbanyak istighfar; nescaya Allah memberikan jalan keluar bagi setiap kesedihannya, kelapangan untuk setiap kesempitannya dan rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka” [HR Ahmad].

Semoga Allah memberikan banyak keberkahan dan ketenangan pada kita. Amiin.

Oleh: Nazreen Nawaz
SHARE THIS

0 comments:

Post a Comment