Mosul Sedang Dimusnahkan dan Darah Kaum Wanita, Anak-anak, dan Ibu bapanya Ditumpahkan oleh Jet-jet Amerika

Wahai umat Islam, Apa Lagi yang Kamu Tunggu untuk Menyelamatkannya?

Majlis Daerah Mosul menuntut agar bandar Mosul mesti diisytiharkan sebagai zon bencana... Hal ini muncul selepas adanya serangan bertubi-tubi yang dilakukan oleh jet pejuang pakatan pada hari Khamis, 23/3/2017, yang menyasarkan rumah-rumah di daerah Mosul Baru dan membunuh 230 orang, kebanyakannya adalah anak-anak dan wanita. (Al-Arabiya, 24/03/2017). Ketua Majlis Daerah Mosul Basma Basim menyatakan bahawa lebih daripada 500 orang awam terbunuh oleh pengeboman yang dilakukan oleh pakatan antarabangsa ke atas wilayah di sekitar bahagian barat bandar Mosul kira-kira seminggu yang lalu... Sumber pertahanan awam di Mosul berkata: "Beratus-ratus keluarga yang dianggarkan berjumlah 2,070 penduduk awam, termasuk wanita, anak-anak, dan warga tua, masih berada di bawah runtuhan di kawasan Mosul Baru, dan di Al-Mashahdah, Al-Akidat, Bab Al-Jadid, Al Farouq, dan Al Matahn." (Al-Jazeera, 25/03/2017). PBB menganggarkan bahawa 400,000 orang awam Iraq terperangkap dalam Bandar Lama Mosul, sementara tentera kerajaan cuba merebut kembali kawalan ke atas bandar itu.


Tiada kata-kata yang dapat menggambarkan kekejaman tragedi yang berlaku di Mosul. Beratus-ratus orang yang tidak bersalah, kebanyakannya wanita dan anak-anak yang dalam satu serangan tunggal, telah membayar jenayah, kekejaman, dan cita-cita penjajah Amerika dengan harga nyawa mereka. Serangan ini digambarkan sebagai serangan paling dahsyat terhadap orang awam, antara operasi udara yang dilakukan oleh tentera Amerika sejak serangan ke atas Iraq pada tahun 2003... Pemerhati Iraq untuk Hak Asasi Manusia berkata: seramai 3,846 orang awam telah terbunuh di sebelah barat bandar Mosul di utara negara itu sejak awal operasi ketenteraan pada 19 Februari. (Al-Khaleej Online, 25/3/2017). Angka ini selain ratusan ribu yang telah melarikan diri dan puluhan ribu yang terlantar di bandar antara “tukul” milik tentera pakatan dan “landasan tempa” milik ISIS, serta ratusan rumah yang musnah, juga angka-angka dan statistik yang menunjukkan bahawa situasi kemanusiaan yang tragis di Mosul terus meningkat.

Amerika, si penjenayah, dengan kejam sedang membunuh anak-anak, wanita, dan orang awam yang tidak berdosa dan tidak berdaya di Mosul, dengan alasan memerangi ISIS. Kemudian ia berbangga dengan jenayah yang mengerikan ini di dalam laporan hasil siasatan yang dikeluarkan pada hari Sabtu 25/3/ 2017, di mana ia berkata: “bahawa jet Amerika Syarikat telah mengebom, atas permintaan pasukan keselamatan Iraq, satu laman web dari Mosul, berpuluh-puluh orang awam dipercayai telah terbunuh dan cedera" (Reuters, 25/03/2017). Hasil siasatan ini menunjukkan keangkuhan dan kesombongan Amerika, dan menunjukkan tujuannya yang sebenar dalam perang di Iraq, iaitu bahawa Amerika tidak melawan ISIS seperti yang ia dakwa. Jika benar, sudah tentu ia akan mensasarkan kawasan di mana ISIS berada dan mangsa-mangsanya sudah tentu anggota-anggota ISIS. Namun realitinya, mangsa-mangsanya adalah orang-orang yang tidak bersalah! Ini disahkan oleh Ketua Majlis Daerah Mosul, katanya dalam komentarnya: "Apa yang berlaku hampir disengajakan kerana tidak mensasarkan para pejuang ISIS, yang berjumlah tidak melebihi enam orang sebelum meninggalkan kejiranan ini!" (Al-Jazeera, 25/03/2017).

Mengenai semua kejahatan yang dilakukan oleh pasukan pakatan, mereka memperjuangkan seruan untuk hak-hak dan kebebasan institusi-institusi antarabangsa, serta para pemimpin masyarakat antarabangsa munafik yang menunjukkan simpati mereka terhadap setiap serangan atau pengeboman di negara-negara Barat dan menganggap ia sebagai satu tindakan terorisme dan jenayah yang tidak boleh dimaafkan. Sebaliknya, mereka melihat pembunuhan ratusan bahkan ribuan umat Islam dalam satu hari sebagai satu subjek yang mesti diperiksa terlebih dahulu!

Lebih buruk lagi, pakatan Amerika yang penuh dosa melakukan pembunuhan terhadap orang awam di Iraq dan Syria, dengan bantuan rejim-rejim yang berkuasa di negara-negara Muslim, terutama negara-negara jiran seperti Turki dan Iran, dan bahkan dengan bantuan para penguasa negara-negara yang terkena bencana. Penguasa waras mana yang meminta pertolongan dari penjajah dan bersekongkol dengannya untuk melawan rakyatnya sendiri?!

Rejim-rejim ini tidak lain hanyalah alat yang menjalankan perintah dari Amerika dan melayani kepentingannya serta melaksanakan rancangannya. Darah orang-orang yang tidak bersalah ini akan menjadi saksi pengkhianatan dan ketundukan rejim-rejim ini, serta saksi kegagalan tentera-tentera Islam untuk datang memberi sokongan dan perlindungan kepada mereka, mengabaikan firman Allah SWT:

وَإِنِ اسْتَنْصَرُوكُمْ فِي الدِّينِ فَعَلَيْكُمُ النَّصْرُ

“…jika mereka meminta pertolongan kepadamu dalam (urusan pembelaan) agama, maka kamu wajib memberikan pertolongan…” [TMQ. al-Anfaal (8) : 72].

Wahai umat Islam: Tidak ada cara untuk menghentikan pertumpahan darah yang mengalir di negara-negara Muslim dan mengakhiri penderitaan mereka, kecuali dengan mencabut rejim-rejim boneka ini sehingga ke akar-akarnya, dan menegakkan Khilafah kedua yang benar yang berdasarkan metod kenabian di atas runtuhan rejim-rejim ini, iaitu Khilafah yang menyatukan umat Islam, membela orang-orang yang tertindas, dan memperkuat status dan kebanggaan umat. Khilafah yang Khalifah-nya akan menjadi ayah bagi anak-anak umat, bukan musuh mereka atau bersekongkol dengan musuh-musuh umat untuk melawan mereka. Jadi, teruskanlah perjuangan dengan para pejuang untuk menegakkan Khilafah ini, dan arahkanlah tangan anak-anak kalian di dalam tentera untuk menegakkannya. Semua peristiwa adalah malapetaka (tanpa Khilafah). Hidup di dunia ini singkat. Menolong saudara-saudara kalian adalah amanah yang terletak di leher kalian.

Bahagian Muslimah
Pejabat Media Pusat Hizb ut Tahrir
SHARE THIS

0 comments:

Post a Comment