Open Circle di Setapak KL

April 2017, Setapak, Kuala Lumpur - MHTM Kuala Lumpur meneruskan agenda Kempen Rejab dengan mengadakan siri sesi perkongsian Open Circle di salah sebuah surau di ibukota.

Open Circle tersebut telah dilaksanakan beberapa sesi sepanjang bulan Rejab 1438H ini.

Pembentang, Dr Izzah Ibrahim (Aktivis MHTM) telah menjelaskan tentang sejarah Umat Islam dari mula Baginda Rasulullah SAW menerima wahyu dan mengemban Islam di Mekah hingga kepada penerapan Islam di Madinah sebagai sebuah Negara dan diteruskan oleh para Khulafaur Rasyidin, Kekhilafahan Umayyah, Abbasiyyah dan Uthmaniyyah sampai lah akhirnya Daulah Islamiyyah di Turki di hancurkan dan menjadi titik permulaan kesengsaraan dan kehinaan Islam.

Beliau turut menegaskan tentang perlu nya para Muslimah mengkaji sejarah umat Islam dan mengambil Islam secara kaffah dan bersama perjuangan menerapkannya sebagai satu Institusi Pemerintahan.

Para hadirin bersetuju perlunya istiqamah dalam mengkaji dan menuntut ilmu Islam dan menyampaikannya kepada orang lain agar seluruh umat Islam mempunyai pemikiran Islam yg benar sehingga terealisasinya penerapan Islam secara menyeluruh sebagai Rahmatan lil Alamin.

Wallahu alam.





SHARE THIS

0 comments:

Post a Comment