Penyerahan Al-Liwa’ dan ar-Rayah Pertama dalam Islam

Al-Liwa’ pertama dalam Islam adalah liwa’yang diberikan kepada Abdullah bin Jahsy. Adapun ar-Rayah pertama dalam Islam adalah rayah yang diberikan kepada Saad bin Malik al-Azdi, iaitu rayah berwarna hitam yang di dalamnya ada gambar bulan sabit berwarna putih (Hizbut Tahrir, Muqaddimah ad-Dustur, hlm. 216)

Hanya Khalifahlah yang boleh menyerahkan liwa’ kepada panglima tentera. Sedangkan râyah, diserahkan oleh Khalifah atau panglima tentera.


Kebolehan Khalifah dalam menyerahkan rayah berdasarkan sabda Rasul: “Sungguh, esok aku akan menyerahkan rayah kepada seorang yang mencintai Allah dan Rasul-Nya dan yang dicintai Allah dan Rasul-Nya…” Kemudian, Rasulullah SAW memberikan rayah itu kepada Ali [HR Bukhari dan Muslim].

Mengenai kebolehan panglima perang menyerahkan râyah dapat difahami dari hadis al-Harith bin Hassan al-Bakri. Di dalamnya terdapat ungkapan, “fa iza rayat sawad (tiba-tiba terdapat banyak rayah berwarna hitam”). Bermakna, pada masa itu terdapat banyak râyah bersama pasukan, sedangkan panglimanya hanya satu, iaitu Amru bin al-‘As. Ertinya, râyah ada bersama para komandan batalion. Dalam hal ini, tidak terdapat dalil yang menunjukkan bahawa Rasulullah lah yang menyerahkan râyah kepada mereka. Dengan demikian Khalifah berhak memberikan kuasa kepada panglima tentera untuk menyerahkan rayah kepada para komandan batalion (Hizbut Tahrir, Muqaddimah ad-Dustur, hlm. 216)
SHARE THIS

0 comments:

Post a Comment