Rasulullah SAW Adalah Teladan Yang Baik (Uswatun Hasanah) Bagi Umat Islam

Rasulullah SAW adalah teladan yang baik (uswatan hasanah) bagi umat Islam (TMQ Al Ahzab [33] : 21). Apa saja yang dicontohkan oleh Rasulullah SAW, wajib hukumnya bagi umat Islam untuk mengikutinya dan sebaliknya haram hukumnya menyelisihinya. Persoalan bendera (al-‘alam) termasuk perkara yang dicontohkan oleh Rasulullah SAW dan juga oleh para Khulafa` Ar-Rasyidin selepas beliau.


Bendera Rasulullah SAW tersebut ada 2 jenis, iaitu al-liwa` (bendera putih) dan ar-rayah (bendera hitam) dengan kalimah “laa ilaaha illallah Muhammad Rasulullah” di atasnya. Menurut sebahagian ulama seperti Imam Ibnul Atsir dalam kitabnya An-Nihayah fi Gharib Al-Hadits, juga Imam Ibnu Hajar dalam kitabnya Fathul Bari, al-liwa` dan ar-rayah adalah sinonim (sama). Namun pendapat yang rajih (lebih kuat), sebagaimana ditegaskan oleh Imam Ibnul ‘Arabi, al-liwa` berbeza dengan ar-rayah. Dalilnya adalah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Tirmidzi dan Imam Ahmad dari Ibnu ‘Abbas RA yang mengatakan,”Rayah Rasulullah berwarna hitam, sedangkan liwa`-nya berwarna putih.” Imam Ibnul ‘Arabi berkata,”Liwa` itu berbeza dengan rayah. Kerana liwa` adalah apa yang diikatkan di ujung tombak dan melingkarinya. (maa yu’qadu fi tharaf al-rumhi wa yulwa ‘alaihi). Manakala rayah adalah apa yang diikat pada tombak dan dibiarkan hingga dikibarkan oleh angin. (maa yu’qadu fiihi wa yutraku hatta tashfiqahu al-riyaahu).” (Abdul Hayyi Al-Kattani, Nizham Al-Hukumah An-Nabawiyyah [At-Taratib Al-Idariyah], Juz I, hlm. 263).

Oleh: KH. M. Shiddiq Al Jawi (Lajnah Tsaqafiyah HTI)

Sumber: Bahagian pertama artikel : FUNGSI LIWA` DAN RAYAH RASULULLAH SAW DALAM SEJARAH ISLAM
SHARE THIS

0 comments:

Post a Comment