Street Dakwah Sempena Cuti Umum Israk Mikraj Di Cheras

24 April 2017 (Isnin), Cheras - Muslimah Hizbut Tahrir Malaysia Cawangan Bangi mengambil kesempatan sempena cuti umum israk mikraj melakukan Street Dakwah di Taman Tasik Permaisuri Cheras untuk menyampaikan mesej mengenang kembali rahsia dan peristiwa di bulan Rejab.

Street Dakwah mendapat respon yang sangat baik dari kalangan remaja yang singgah ke bunting yang kami paparkan. Selain bunting Islam Kaffah, Sistem kepemilikan dalam Islam dan bunting 5 Perbezaan antara Islam dan Demokrasi turut dijelaskan oleh para AJK yang bertugas. Para hadirin juga dibekalkan dengan risalah serta pemplet dakwah.

Rahsia dari peristiwa Isra’ dan Mikraj banyak sekali yang dapat dijadikan pengajaran dan bukan hanya kisah-kisah sejarah dan sebagainya, contoh bulan rejab terdapat moment istimewa, tidak saja moment Nabi menerima titah kewajiban solat, tetapi juga moment pengukuhan Nabi sebagai pemimpin bagi seluruh umat manusia. Ketika baginda saw. dititahkan menjadi imam para Nabi dan Rasul sebelumnya di Baitul Maqdis. Di mana melalui tangan Nabi saw.lah negara Islam pertama tegak di Madinah. Dengannya, kesucian darah, harta dan maruah kaum muslimin terpelihara. Dan banyak lagi rahsia rejab yang dapat kami sampaikan kepada para pengunjung.

Kami yang bertugas mengucapkan berbanyak terima kasih kepada para pengunjung dan sehingga berjumpa lagi di lain kesempatan. InsyaAllah.










SHARE THIS

0 comments:

Post a Comment