Teladan Rasulullah SAW dan Para Sahabat membawa Liwa dan Rayah

Bagaimana sikap Rasulullah SAW dan para Sahabat terhadap al-Liwâ’ dan ar-Râyah? Ia terjawab dengan melihat sikap Rasulullah SAW dan para Sahabat yang memberikan contoh teladan dalam membawa kedua-duanya; menjadikannya sebagai tugas kenegaraan yang sangat mulia, yang tidak dibawa kecuali oleh orang yang mulia. Ia sebagaimana Rasulullah SAW mensifatkan pemegang panji ar-râyah ketika Perang Khaibar, “Sesungguhnya aku akan memberikan al-râyah kepada seseorang yang, ditaklukkan (benteng) melalui kedua-dua tangannya; dia mencintai Allah dan Rasul-Nya; Allah dan Rasul-Nya pun mencintainya.” [HR Muttafaq[un] ’alayh].

Kalimat selepas perkataan rajul[an], “yuftahu ’alâ yadayhi, yuhibbuLlâha…”, menunjukkan sifat-sifat mulia seorang lelaki (rajul[an]) yang akan diamanahkan oleh Rasulullah SAW untuk membawa ar-râyah, mengkut kaedah: “al-jumalu ba’da al-nakirât sifât[un]”. Rasulullah SAW akhirnya menyerahkan ar-râyah kepada ’Ali bin Abi Talib RA.

Bagaimana sikap para Sahabat? Dalam hadis ini digambarkan bahawa mereka mengharapkan kemuliaan tersebut, yang juga menunjukkan kedudukan agung al-liwâ’ dan al-râyah dalam Islam.

Ibn Bathal (w. 449 H) malah menegaskan bahawa mandat rasmi dalam penyerahan al-Liwâ’ dan ar-Râyah termasuk sunnah Rasulullah SAW yang mesti dicontohi oleh umat Islam. Beliau berkata: Rasulullah SAW. bersabda, “Sesungguhnya aku akan menyerahkan ar-Râyah.” Perkataan ar-râyah yang dinyatakan dalam bentuk ma’rifah (dengan alif lâm, iaitu sudah diketahui secara spesifik) menunjukkan bahawa ia adalah sunnah Rasulullah SAW (min sunnatihi) dalam pelbagai pertempuran. Oleh itu sudah semestinya ia diikuti (oleh umat Islam).”15

Oleh kerana itu umat Islam tidak boleh memandang al-Liwâ’ dan ar-Râyah kecuali dengan pandangan Rasulullah SAW dan para Sahabatnya. Mereka mesti tergerak untuk mengibarkan kedua-duanya kembali, dengan berjuang menegakkan kehidupan Islam, dalam naungan al-Khilâfah ’alâ Minhâj al-Nubuwwah yang berdiri di atas asas tauhid. Demikianlah sebagaimana kata penyair:

نَبْنِي كَمَا كَانَتْ أَوَائِلُنَا * تَبْنِي، وَنَفْعَلُ مِثْلَ مَا فَعَلُوْا

Kami membina sebagaimana generasi pendahulu kami membina
Kami lakukan sebagaimana mereka telah lakukan.16

WalLâhu a’lam.

Oleh: Irfan Abu Naveed al-Athari, M.Pd.I
SHARE THIS

0 comments:

Post a Comment