11 Sebab Kenapa HTI Mesti Diharamkan Oleh Pemerintah Indonesia

Sekarang ini isu paling hangat dibincangkan oleh seluruh media massa dan umat Islam di Indonesia ialah mengenai pembubaran Hizbut Tahrir Indonesia (HTI). Pemerintah di negeri kaum Muslimin terbesar itu telah pun memutuskan untuk mengharamkan HTI atas alasan kegiatan dan seruan HTI kepada Khilafah merupakan suatu yang anti Pancasila, dan bertentangan dengan Undang-undang Dasar (Perlembagaan) 1945 serta Negara Kebangsaan Republik Indonesia (NKRI).


Walaupun sejak lebih 20 tahun lepas sehingga kini kewujudan dan kegiatan yang dilakukan oleh HTI tidak pernah dibuktikan oleh pemerintah sebagai anti Pancasila dan bertentangan dengan undang-undang sebagaimana didakwa, namun pemerintah Indonesia begitu tegas ingin membubarkan HTI.

Dalam masa yang sama, banyak gerakan Islam, para ulama dan tokoh-tokoh masyarakat yang tidak bersetuju dengan keputusan pemerintah yang jelas represif dan tidak mengikut saluran undang-undang dalam mengharamkan HTI.

Setelah mencermati isu ini, saya mendapati ada 11 sebab utama kenapa Hizbut Tahrir mesti diharamkan dan dibubarkan oleh pemerintah Indonesia:-

1. Kerana Hizbut Tahrir menyerukan kepada Islam, SEDANGKAN pemerintah Indonesia ingin terus mempertahankan sekularisme, liberalisme, pluralisme dan lain-lain isme yang haram di sisi Islam.

2. Kerana Hizbut Tahrir membongkar dan melawan segala kemaksiatan, kemungkaran, kebatilan dan kerosakan yang wujud di Indonesia akibat penerapan sistem kufur demokrasi oleh pemerintah SEDANGKAN pemerintah Indonesia ingin terus mempertahankan segala kemaksiatan, kemungkaran, kebatilan dan kerosakan yang diwujudkannya dalam masyarakat.

3. Kerana Hizbut Tahrir membeberkan dan menentang segala korupsi, rasuah dan penyelewengan yang dilakukan oleh pemerintah SEDANGKAN pemerintah Indonesia ingin terus melakukan korupsi, rasuah dan penyelewengan yang haram di sisi Islam.

4. Kerana Hizbut Tahrir mendedahkan segala kekayaan negara dan sumber alam yang merupakan milik umat dikaut sehabisnya oleh pemerintah untuk masuk ke kantung mereka dengan menindas rakyat SEDANGKAN pemerintah Indonesia ingin terus menghisap darah rakyat bagi memastikan rakyat terus miskin dan sengsara dan tidak punya apa-apa harta.

5. Kerana Hizbut Tahrir membongkar segala kejahatan pemerintah yang menjual dan menyerahkan kekayaan alam negara kepada asing, khususnya kafir penjajah SEDANGKAN pemerintah Indonesia ingin terus menyerahkan kekayaan negara kepada asing dan kafir penjajah dan bersekongkol dengan mereka.

6. Kerana Hizbut Tahrir mengungkap agenda jahat puak-puak kuffar untuk mendominasi dan mengukuhkan cengkaman mereka di bumi Indonesia SEDANGKAN pemerintah Indonesia ingin terus membiarkan dan menyerahkan Indonesia kepada penguasaan puak-puak kuffar.

7. Kerana Hizbut Tahrir ingin menerapkan syariah secara kaffah di Indonesia yang akan menjadi rahmatan lil alamin SEDANGKAN pemerintah Indonesia ingin terus Indonesia berada di bawah undang-undang penjajah dan peraturan yang buruk yang menjadikan Indonesia diliputi oleh malapetaka dan kebinasaan.

8. Kerana Hizbut Tahrir ingin tegakkan Khilafah al-Rasyidah ala minhaj nubuwwah di Indonesia dengan thariqah (metode) yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW yang akan menjadikan Indonesia sebuah negara yang baik lagi diberkati dan diampuni oleh Allah SEDANGKAN pemerintah Indonesia ingin terus menjadikan Indonesia sebuah negara-bangsa yang menyalahi Sunnah Nabi SAW, yang jauh dari petunjuk Khulafa’ Rasyidin al-Mahdiyyin, yang terus buruk dan terpuruk.

9. Kerana Hizbut Tahrir ingin mempersatukan ummah tanpa mengira bangsa dan keturunan, kerana Hizbut Tahrir menyayangi umat Islam, menginginkan kebaikan buat umat Islam, ingin mengembalikan kemuliaan umat dengan penerapan syariah dan Khilafah SEDANGKAN pemerintah Indonesia ingin terus memecah-belahkan umat, ingin terus mengadu domba sesama umat dan ingin menjadikan umat ini terus lemah dan terhina.

10. Kerana Hizbut Tahrir mengibarkan panji dan bendera Rasulullah SAW yang menjadi syiar Islam dan menunjukkan kesatuan umat Islam seluruh dunia SEDANGKAN pemerintah Indonesia ingin terus mengibarkan bendera wathaniyyah dan assabiyyah yang menjadi simbol perpecahan umat Islam.

11. Kerana Hizbut Tahrir berpegang teguh kepada Al-Quran dan As-Sunnah dan ingin menerapkannya di dalam kehidupan dan di dalam negara SEDANGKAN pemerintah Indonesia ingin terus berpegang teguh kepada Pancasila, menerapkan UUD 1945 dan mengekalkan segala undang-undang buatan kafir penjajah di Indonesia.

Atas dasar itu, maka sudah sewajarnya pemerintah mengharamkan HTI, apatah lagi kerana di dalam sistem demokrasi-sekular, halal dan haram berada di tangan pemerintah, bukan di tangan syarak. Maka pemerintah akan sewenang-wenangnya mengharamkan apa yang Allah halalkan dan menghalalkan apa yang Allah haramkan.

Justeru, saya ingin mengambil kesempatan di sini untuk mengingatkan saudara-saudara seIslam yang saya kasihi di bumi Indonesia agar menilai keberadaan dan segala aktiviti yang dilakukan oleh Hizbut Tahrir, sama ada sesuai atau bertepatan dengan Al-Quran dan As-Sunnah atau tidak, bukannya menilai keberadaan dan aktiviti Hizbut Tahrir sama ada sesuai atau bertepatan dengan Pancasila, UUD 1945 dan NKRI atau tidak. Kerana sumber hukum, panutan dan pegangan kita yang tertinggi dan satu-satunya ukuran kebenaran ialah berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah dan bukan selainnya.

Sumber: https://goo.gl/4apz7o
SHARE THIS

0 comments:

Post a Comment