Bahasa Arab adalah Penghubung Umat kepada Din-nya

Berita:
“Di sesetengah negara Eropah Barat, beberapa ahli politik ingin memaksa para imam untuk menyampaikan khutbah hanya dalam bahasa rasmi: di Jerman, para imam perlu berdoa dalam bahasa Jerman; di Itali dalam bahasa Itali; di Britain dalam bahasa Inggeris ; di Perancis dalam bahasa Perancis.

Untuk membenarkan tuntutan ini, dua alasan diutarakan. Sebahagian mengatakan cara itu akan berfungsi sebagai sebuah strategi melawan keganasan. Sementara yang lain mengatakan bahawa hal itu akan mendorong integrasi sosial bagi kaum Muslimin. Manakala yang lainnya menyeru ke arah kedua-dua alasan tersebut.” (Sumber: theatlantic.com)


Komentar:

Ketika mencermati lebih dekat motif-motif yang diberikan, mengapa bahasa dalam khutbah mingguan perlu diubah daripada bahasa Arab menjadi bahasa lainnya, baik Perancis, Itali, Jerman, atau Inggeris, kita melihat bahawa pelbagai kerajaan telah mengemukakan hal-hal berikut:

Di Britain , seorang sumber kanan kerajaan berkata, "Jika para imam berbicara dalam bahasa lain, ia akan menjadi jauh lebih sukar untuk mengetahui sekiranya radikalisasi sedang berlaku." Manakala pada bulan lalu, Timbalan Menteri Kewangan Jerman Jens Spahn telah menyerukan sebuah "Undang-Undang Islam" yang membuatkan khutbah para imam "telus", dengan mengatakan bahawa pihak berkuasa "perlu mengetahui apa yang terjadi di masjid-masjid." Dia berpendapat bahawa para imam sepatutnya berkhutbah dalam bahasa Jerman.

Begitu juga dengan ahli politik Perancis, Marine Le Pen, yang mana pada tahun 2014 telah mendakwa bahawa, “Ianya tidaklah sukar untuk meminta khutbah-khutbah di Perancis disampaikan dalam bahasa Perancis. Hal ini akan lebih memudahkan untuk melaporkan tentang perkara apa yang sedang dibahas.”

Kaum Muslim yang tinggal di Eropah perlu menyedari bahawa perbahasan-perbahasan yang diberikan itu adalah dangkal dan boleh dibantah dengan mudah. Mereka juga mesti memahami bahawa sebenarnya terdapat agenda yang sangat menyeramkan di sebalik perubahan-perubahan ini.

Dangkal, kerana ianya sudah menjadi pengetahuan umum dalam komuniti Muslim bahawa pemerintah telah mengirim "para pemerhati" ke masjid-masjid, yang akan melaporkan apa saja mesej-mesej “yang dikatakan sebagai radikal” yang mungkin sedang disebarkan. Justeru mencegah khutbah daripada disampaikan dalam bahasa Arab tidak akan memberikan apa-apa informasi tambahan.

Selain itu, terdapat hujah yang mendakwa bahawa menyampaikan khutbah dalam bahasa rasmi negara dan bukan bahasa Arab akan mendorong kegagalan integrasi sosial tatkala menyedari bahawa kemampuan untuk berbicara dalam bahasa kedua tidak boleh dilihat sebagai sebuah penghalang untuk mencapai integrasi sosial. Lagipun, adakah khutbah mingguan yang berlangsung tidak lebih dari dua jam akan benar-benar mencegah integrasi sekiranya ia disampaikan dalam bahasa Arab?

Maka, apakah agenda yang lebih mengerikan yang ada di sebalik pendapat bahawa khutbah tidak boleh disampaikan dalam bahasa Arab ini? Barat telah memahami bahawa bahasa Arab adalah penghubung umat kepada Din-nya. Bahasa Arab adalah bahasa al-Quran dan Sunnah. Apabila pengetahuan bahasa Arab hilang, maka akan hilanglah pula kemampuan untuk memahami al-Quran dan Sunnah, yang dengan itu jugalah kemampuan untuk menggali aturan-aturan Islam akan hilang. Apabila kemampuan untuk menggali hukum-hukum Islam hilang, maka akan hilanglah pula kemampuan untuk bangkit kembali sebagai sebuah sistem. Itulah sebab mengapa agenda di atas iaitu untuk mengubah bahasa yang digunakan dalam khutbah, adalah salah satu kempen yang lebih besar yang sudah bermula sejak beberapa tahun yang lalu, dengan satu-satunya tujuan iaitu untuk memburukkan hubungan antara kaum Muslimin dengan bahasa Arab dan Islam.

Umat Islam di Eropah perlu bersikap kritis ketika memikirkan setiap perubahan yang sedang dipaksakan oleh pemerintah berkait dengan Din mereka. Mereka perlu merenung tentang dampak daripada perubahan-perubahan ini terhadap masa depan Din mereka, yakni dengan mempelajari sejarah agamanya. Mereka kemudian akan melihat bahawa bahasa Arab selalu menjadi sasaran kaum kafir disebabkan oleh kepentingannya dalam memahami Din dengan benar. Inilah sebabnya mengapa umat Islam perlu mengerahkan segenap usaha dalam menjadikan bahasa Arab sekali lagi sebagai aspek utama kehidupan mereka dan generasi masa depan. Apapun yang menghalangi jalan ini, mesti dihapuskan bersama-sama oleh umat.

إِنَّا أَنزَلْنَاهُ قُرْآناً عَرَبِيّاً لَّعَلَّكُمْ تَعْقِلُونَ

"Sesungguhnya Kami menurunkannya berupa al-Quran dengan berbahasa Arab, agar kamu memahaminya” [TMQ Yusuf (12): 2].


Ditulis untuk Pejabat Media Pusat Hizbut Tahrir oleh
Yasmin Malik
Ahli Bahagian Muslimah, Pejabat Media Pusat Hizbut Tahrir

Sumber:
http://hizb-ut-tahrir.info/en/index.php/2017-01-28-14-59-33/news-comment/12994.html
SHARE THIS

0 comments:

Post a Comment