Kempen "YILMAZ CELIK IS NOT ALONE"

وَلَا تَحْسَبَنَّ اللَّهَ غَافِلًا عَمَّا يَعْمَلُ الظَّالِمُونَ ۚ إِنَّمَا يُؤَخِّرُهُمْ لِيَوْمٍ تَشْخَصُ فِيهِ الْأَبْصَارُ

“Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)” [TMQ Ibrahim (14): 42].

Rejim Sekular Turki yang diketuai oleh Parti Keadilan dan Pembangunan (AKP) dibawah pimpinan Recip Tayyib Erdogan, bersungguh-sungguh menghalang Islam dan para pengemban dakwahnya.

Pihak Berkuasa Kehakiman Turki telah mengesahkan dua keputusan kehakiman yang memperuntukkan hukuman penjara selama 15 tahun.

Pada waktu maghrib, Jumaat, 23 Jun 2017, Pasukan Keselamatan (Divisyen Anti Pengganas) telah merempuh masuk rumah Saudara Yilmaz yang ketika itu sedang berkumpul dengan beberapa orang saudaranya untuk berbuka puasa dan mereka telah menahannya dengan cara yang tidak sopan, menunjukkan kegigihan mereka dalam melanggar kemuliaan Allah SWT dan sepuluh hari terakhir Ramadhan.

Kami di Pejabat Media Pusat Hizbut Tahrir ingin melaungkan betapa kamu di Rahmati Allah, saudara Yilmaz! Kamu dirahmati dengan kemuliaan sebagai pengemban dakwah Islam...kamu di muliakan walaupun di tindas! Kamu diberkati atas penangkapan kamu pada malam 29 Ramadhan iaitu malam pembebasan dari azab api neraka.

Seruan dakwah kita merupakan seruan Allah SWT dan dengan izin Allah SWT jua lah merupakan seruan yang paling mulia sehingga meraih tujuannya dan kembalinya semula kehidupan Islam melalui tertegaknya kembali Khilafah Rasyidah atas metod kenabian yang dengannya Allah SWT melimpahkan kemuliaan serta meninggikan martabat Islam dan penganutnya, menghinakan kekufuran serta para pengikutnya. Dihinakan dengan penghinaan tertinggi dari yang Maha Agung ....

Saatnya kian hampir, lebih pantas dari terbitnya fajar...

Sabtu, 29 Ramadhan 1438H bersamaan 24 Jun 2017.

Marilah bersama sertai Kempen Hizbut Tahrir Wilayah Turki

"Yilmaz Celik is NOT ALONE"
"Yilmaz Celik TIDAK BERSENDIRIAN!"
SHARE THIS

0 comments:

Post a Comment